DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 6 Ogos 2020.
Filipina merekodkan lebih 119,000 kes jangkitan COVID-19 pada Khamis, sekali gus mengatasi Indonesia yang mencatatkan 118,753 kes.
Sejumlah 301 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan dalam 24 jam lepas di Singapura dengan empat kes di dalam komuniti.
Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 118,753 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,882 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Lapan pesakit COVID-19 terkorban dalam insiden kebakaran di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Ahmedabad, barat India, pada awal Khamis. Pegawai memaklumkan anggota bomba dengan kekuatan 15 jentera dikejarkan ke Hospital Shrey sebelum berjaya memadamkan kebakaran setengah jam kemudian.
Menerusi rakaman video berdurasi 28 saat yang tular, jelas kelihatan kegembiraan Seblani merakam detik indah pada hari bahagianya itu dengan bantuan jurugambar Mahmoud Nakib. Kegembiraan itu bagaimanapun berubah sekelip mata apabila lokasi resepsi pasangan pengantin tersebut digegarkan dengan letupan kuat.
Dalam hantaran yang mengandungi klip video iaitu sedutan dari wawancara beliau bersama Fox & Friends pada hari sebelumnya, Trump mendakwa kanak-kanak 'hampir kebal' terhadap virus berkenaan.
Aktiviti ekonomi di Amerika Syarikat (AS) dilihat perlahan dalam beberapa minggu belakangan ini ketika dunia dilanda peningkatan COVID-19.
Beberapa pegawai Pelabuhan Beirut, Lebanon kini diletakkan di bawah tahanan rumah bagi membantu siasatan berhubung kejadian letupan dahsyat pada Selasa.
Amerika Syarikat (AS) mahu semua aplikasi China yang tidak dipercayai dikeluarkan daripada 'App Store' negara itu. Menurut Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo, aplikasi seperti TikTok dan WeChat mempunyai ancaman keselamatan besar.
Susulan letupan dahsyat di Lubnan pada Selasa, beberapa negara mula mengerahkan bantuan kemanusiaan dalam pelbagai bentuk bagi membantu meringankan beban negara tersebut. Antaranya, Perancis mula mengerahkan pasukan bantuan menerusi penerbangan khas ke ibu kota Beirut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami