ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 17 Ogos 2020.

1) Ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-75 disambut ringkas

Indonesia meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-75 hari ini bertemakan "Indonesia Maju" yang diadakan secara ringkas ketika republik itu masih merekodkan peningkatan berterusan kes pandemik COVID-19.

Upacara sambutan di Istana Merdeka, Jakarta berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini, yang diadakan dengan protokol kesihatan yang ketat, manakala "kehadiran" tokoh-tokoh pemimpin politik, menteri-menteri Kabinet Indonesia dan tetamu kehormat negara, diadakan secara maya.

2) COVID-19: Thailand masih belum selamat walaupun 83 hari tanpa jangkitan tempatan

Selama 83 hari tanpa jangkitan tempatan COVID-19, tidak menjamin Thailand bebas daripada virus ini, kata ketua pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Suwannachai Wattanayingcharoenchai, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Beliau berkata tempoh tanpa jangkitan tempatan tiada kaitan dengan risiko penularan kedua yang datang daripada sekatan pergerakan perniagaan yang dilonggarkan dan kemasukan warga Thailand serta asing termasuk pekerja migran.

3) COVID-19: 91 kes baharu di Singapura, enam kes import

Sebanyak 91 ke baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan di Singapura dalam tempoh 24 jam, dengan enam daripadanya adalah kes import, menjadikan jumlahnya kini adalah 55,838.

Menurut data ringkas yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura hari ini, semua kes import berkenaan melibatkan mereka yang dikenakan Notis Tinggal Di Rumah sebaik tiba di Singapura.

4) China patenkan vaksin COVID-19 pertamanya

China memberikan paten vaksin COVID-19 pertamanya kepada ciptaan vaksin vektor adenovirus yang dibangunkan oleh pasukan Akademi Sains Perubatan Tentera dan syarikat bioteknologi China Cansino Biologics.

Pentadbiran Harta Intelek Nasional China memaklumkan, paten itu telah diserahkan untuk permohonan oleh pasukan yang diketuai pakar penyakit berjangkit Tentera China, Chen Wei, pada 18 Mac dan diluluskan pada 11 Ogos.

5) COVID-19: Lebih 300 kes baharu dikaitkan dengan gereja Seoul

Korea Selatan melaporkan 197 kes baharu COVID-19 pada Isnin, hari keempat kes baharu mencecah tiga angka.

Kebanyakan kes baharu dilaporkan di Seoul yang mempunyai populasi 51 juta penduduk.

6) Indonesia reports 1,821 new COVID-19 cases, 57 deaths overnight

The number of COVID-19 infections in Indonesia has now risen to 141,370 cases, with 78,659 more patients under surveillance for the virus.

Based on data posted on the Indonesian government's official website on COVID-19, www.covid19.go.id today, 1,821 new cases were confirmed in the last 24 hours in the republic.

7) India's coronavirus death toll surpasses 50,000

India's death toll from the coronavirus surpassed 50,000 on Monday, as infection numbers surged and total cases were nearly at 2.65 million.

The country reported a daily jump of 57,981 infections, taking the total to nearly 2.65 million, third only behind the United States and Brazil. The death toll jumped by 941, with the total now 50,921.

8) Lockdown deaths in India ignite debate on police brutality

For two and a half minutes the popular Indian radio DJ described in graphic detail what she said was the torture and killing of a father and son in police custody.

The father was arrested for flouting coronavirus lockdown rules by keeping his mobile phone shop in southern India open past curfew, Suchitra Ramadurai alleged in a video posted to her Instagram. The man's son went to check on him at the police station and both were beaten so badly they were still bleeding when they appeared before a judge the next day.

9) New Zealand tangguh pilihan raya umum

PERDANA Menteri New Zealand Jacinda Ardern menangguhkan pilihan raya umum (PRU) negara itu selama empat minggu sehingga 17 Oktober, berikutan penularan pandemik COVID-19 ketika kempen berjalan.

10) Pemandu rempuh tiang gara-gara panik lihat labah-labah

Gara-gara seekor labah-labah, seorang pemandu panik dan merempuh tiang lampu dalam satu kejadian di Isle of Wight, England.