ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 19 Ogos 2020.

1) COVID-19: Korea Selatan rekod 297 kes baharu, angka tertinggi sejak Mac

Korea Selatan merekodkan 297 kes baharu positif COVID-19 pada Rabu, iaitu jumlah harian tertinggi yang dicatat sejak awal Mac lalu.

2) Pasca perintah berkurung, ribuan warga Wuhan banjiri pesta kolam

Pesta tersebut membabitkan festival tarian elektronik yang lengkap dengan deejay, penari yang memakai pakaian berwarna-warni dan pertunjukan piroteknik.

3) COVID-19: Tiada kes baharu penularan tempatan di China, 18 kes import

Namun, suruhanjaya tersebut pada Rabu memaklumkan terdapat 18 kes import positif COVID-19 yang dilaporkan pada Selasa.

4) Kes positif COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 144,945 kematian 6,346

Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 144,945 kes, manakala 79,174 lagi pesakit masih dalam pemantauan.

5) COVID-19: Singapura lapor 93 kes baharu termasuk enam kes import

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan republik itu hari ini, kesemua kes import telah diletakkan di bawah perintah kuarantin di rumah.

6) Air sungai melimpah, banjir mula melanda Chongqing, China

Menurut pihak berkuasa, banjir tersebut merupakan yang terburuk melanda bandar itu sejak 1981.

7) Gempa bumi gegarkan Selatan Sumatera, Indonesia

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, gempa terjadi dengan kedalaman 84 kilometer pada kedudukan 131 kilometer barat daya dari Bengkulu, Indonesia.

8) Mesir lulus undang-undang lindungi identiti mangsa jenayah seksual

Langkah itu diusulkan kerajaan selepas satu debat umum berpanjangan yang jarang terjadi, disusuli kempen media sosial, yang menyebabkan penangkapan seorang suspek jenayah seks.

9) Kanada lantik Menteri Kewangan wanita pertama

Pelantikan dibuat sehari selepas menteri terdahulu, Bill Morneau, meletakkan jawatan berikutan skandal etika dan kemelutnya dengan Perdana Menteri Justin Trudeau berhubung pengurusan perbelanjaan pandemik COVID-19.

10) Hari Kemanusiaan Dunia: Cabaran penyaluran maklumat di Gaza semasa COVID-19

COVID-19 telah mengubah kehidupan seharian di Gaza dalam banyak cara dan di tempat-tempat lain di dunia Arab.