ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 29 Ogos 2020.

1) COVID-19: Singapura catat 51 kes baharu, tiga import

Singapura telah mengesahkan sejumlah 51 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di republik itu setakat ini ialah 56,717.

2) COVID-19: Kes positif seluruh dunia hampir 25 juta, kematian lebih 833,000

Lebih 200,000 kes baharu positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam di seluruh dunia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif global mencecah 25 juta kes.

3) UAE henti boikot, akan mulakan perdagangan dengan Israel

Pemerintah Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan boikot ke atas Israel, seiring langkah Amerika Syarikat yang berusaha meredakan ketegangan antara dua kerajaan itu.

4) 'Black Panther' Chadwick Boseman meninggal dunia akibat kanser usus

Pelakon terkenal Chadwick Boseman, 43, dilapor meninggal dunia pada Jumaat di Los Angeles akibat kanser usus.

5) Kerana takut mati, warga emas tidak potong rambut selama 80 tahun

Ketika puncak penularan pandemik COVID-19 sekitar pertengahan Mac sehinggalah Jun lalu, kaum lelaki resah kerana tidak dapat memotong rambut kerana pihak berkuasa tidak mengizinkan operasi kedai gunting rambut.

6) Abe Shinzo umum letak jawatan

Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo mengumumkan peletakan jawatan susulan masalah kesihatan yang dihadapinya.

7) Ratusan cedera dalam tunjuk perasaan Belarus

Ratusan orang cedera selepas terkena peluru getah, bom tangan dan pemukul polis dalam kejadian tunjuk perasaan di Dataran Kemerdekaan Minsk, Washington.

8) Tumpahan minyak: Sekurang-kurangnya 40 lumba-lumba mati di Mauritius

Sekurang-kurangnya 40 lumba-lumba ditemukan mati di Mauritius pada Jumaat, termasuk yang terdampar di bahagian pantai pulau itu dipercayai akibat insiden tumpahan minyak dari kapal kargo milik Jepun.