awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2020
16:04 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara berita luar negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini/
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 11 September 2020.
1) COVID-19: Kes positif global 28.04 juta
Angka jangkitan baharu COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan lebih 350,000 kes positif direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Ini menjadikan jumlah kumulatif global mencecah angka 28.04 juta setakat ini.
2) COVID-19: Angka kematian global lebih 907,000
Angka kematian global akibat COVID-19 meningkat lebih 9,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif bilangan yang maut akibat COVID-19 kini mencecah 907,377.
3) Disangka mitos rupanya benar, kotak berisi jantung ditemui bawah pancuran air!
Selama ini, orang ramai hanya menganggapnya sebagai suatu mitos urban. Hampir tiada siapa di Belgium, khususnya di bandar Verviers menyangka cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut itu rupa-rupanya benar belaka.
4) Legasi kewartawanan Jakob Oetama diteruskan sidang redaksi Kompas
Pemergian Jakob Oetama, pengasas bersama dan pemilik kumpulan media terbesar di Indonesia, Kompas Gramedia, pada 9 September lepas, nyata memberi kesan cukup besar terhadap industri kewartawanan negara itu.
5) Singapura-Jepun lancar laluan hijau bermula 18 September
Singapura dan Jepun akan melancarkan laluan hijau untuk perjalanan rasmi dan sebagai usaha menyokong ekonomi utama bermula 18 September, lapor portal berita Channel News Asia yang memetik kata menteri luar kedua-dua negara.
6) COVID-19: lebih 100 doktor meninggal di Indonesia, kes positif kini 210,940
Indonesia mencatatkan 3,737 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu kini 210,940 kes.
7) COVID-19: 87 kes baru di Singapura, 14 kes import
Singapura pada laporan awalnya hari ini mengesahkan tambahan 87 kes jangkitan COVID-19 baru dalam tempoh 24 jam lepas, dengan 14 daripadanya merupakan kes import.
8) Kem Moria terbakar, pelarian hilang tempat berteduh
Ribuan pelarian menghabiskan malam ketiga di kawasan terbuka di Pulau Lesbos, Greece selepas tempat perlindungan mereka di Kem Moria hangus dijilat api.
9) COVID-19: Myanmar laksana semula perintah kawalan pergerakan
Myanmar pada Jumaat melaksanakan semula perintah kawalan pergerakan termasuk melarang perjalanan keluar masuk dari ibu negaranya bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.
10) COVID-19: Hungary rekod angka tertinggi sejak pertengahan April
Hungary mencatatkan 718 kes baharu COVID-19 pada Jumaat, jumlah tertinggi direkodkan negara itu sejak April lalu.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#berita antarabangsa
#berita pilihan
#COVID-19
#Indonesia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan