ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 26 Oktober 2020.

1) COVID-19: Kes positif di seluruh dunia hampiri angka 43 juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri angka 43 juta. Ini berikutan lebih 430,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

2) COVID-19: Angka kematian global lepasi 1.15 juta kes

Angka kematian akibat pandemik COVID-19 meningkat lebih 10,000 kes di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,152,340 kes.

3) Pemeriksaan keterlaluan di lapangan terbang, Australia minta penjelasan Qatar

Australia menyuarakan kebimbangan selepas Qatar dilaporkan meminta penumpang wanita menjalani pemeriksaan menyeluruh sebelum menaiki penerbangan dari Doha ke Sydney, 2 Oktober lalu.

4) Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Bangkok selepas PM enggan letak jawatan

Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di jalan raya di Bangkok selepas Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengabaikan permintaan mereka untuk meletak jawatan.

5) Ketua turus Mike Pence positif COVID-19

Ketua turus Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence disahkan positif COVID-19.

Laporan itu menjadikannya kes terbaharu COVID-19 melibatkan senarai individu yang mempunyai kaitan dengan Presiden Donald Trump.

6) Jawapan untuk masa depan, syarikat ini labur bina kilang serangga terbesar dunia

Permintaan global yang meningkat ke atas sumber bekalan makanan dalam keterbatasan ruang tanah membuatkan sebuah syarikat baharu Perancis memikirkan satu penyelesaian – penternakan serangga dalam bangunan.

7) Singapura henti guna dua vaksin influenza susulan kematian di Korea Selatan

Singapura menghentikan sementara penggunaan dua vaksin influenza selepas dua individu yang menerima vaksin SKYCellflu Quadrivalent dan VaxigripTetra meninggal dunia di Korea Selatan, baru-baru ini.

8) Ibadah umrah dibenar mulai 1 Nov, 10,000 jemaah dianggarkan tiba di Arab Saudi setiap minggu

Bermula November ini, lebih 500 syarikat pengedali umrah yang terjejas akibat COVID-19 boleh menarik nafas lega selepas kerajaan Arab Saudi membenarkan untuk menerima jemaah menunaikan ibadah itu secara berperingkat.

9) Rekod kes sifar, Victoria benar kafe dan restoran beroperasi semula

Restoran, kafe dan bar di Victoria, Australia akan dibenarkan beroperasi semula selepas negerimerekodkan kes sifar buat pertama kali sejak Jun lalu.

10) Parlimen Thailand bersidang, bincang gerakan pro-demokrasi

Parlimen Thailand dibuka pada Isnin untuk sesi khas bagi membincangkan gerakan pro-demokrasi yang semakin meningkat dengan menuntut pengunduran Perdana Menteri, Prayut Chan-Ocha dan pembaharuan kepada sistem monarki.