DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 6 November 2020.
Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat
1) Joe Biden mendahului perlumbaan undi di Georgia
Calon Demokrat, Joe Biden mendahului Donald Trump di Georgia dalam pengundian suara pada awal pagi Jumaat di negara itu, ketika empat negeri masih belum diketahui keputusan.
2) Joe Biden pemenang Pilihan Raya AS, ramal cerpelai di Thailand
Video yang dimuat naik di Facebook oleh pihak pengurusan Zoo Songkhla, menunjukkan aksi mamalia itu melihat kedua-dua gambar calon wakil Republikan dan Demokrat itu digantung di atas batang itu.
3) "Donald harus tangani isu baran, sila bertenang" - Greta Thunberg
Aktivis alam sekitar, Greta Thunberg meminta Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk kekal tenang dan menangani sifat barannya.
Perkembangan COVID-19
4) Greece umum perintah berkurung tiga minggu bermula Sabtu
Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.
5) COVID-19: Kes positif seluruh dunia lepasi 48.46 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 48.46 juta. Ini berikutan lebih 580,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
6) COVID-19: Selepas beri kebenaran hujung Sept, China laksana sekatan semula
China melaksana sekatan di pintu antarabangsa bagi mengekang kemasukan bukan warganegara dari United Kingdom (UK), Perancis, Belgium, Filipina dan India dalam usaha mengurangkan risiko penularan COVID-19.
Lain-lain
7) Gempa 5.4 magnitud landa Timur Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan timur Taiwan pada 9.40 pagi hari ini, namun jumlah kerosakan dan cedera tidak dapat dipastikan berikutan tiada laporan seger
8) Selepas Nicaragua, Taufan Eta membadai Honduras
Meskipun taufan itu tidak lagi berada dalam kategori empat, namun ia bergerak dengan membawa hujan lebat ke tengah Amerika.
9) Kampung penduduk Palestin di Tebing Barat dimusnah rejim Zionis
Menurut kenyataan pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Yvonne Helle, Israel telah menceroboh perkampungan suku Badwi yang terletak berdekatan sempadan Jordan.
10) Jepun kesan virus demam babi Afrika dalam sosej dari Filipina
Gen bagi virus demam babi Afrika (ASF) baru-baru ini disahkan hasil daripada satu ujian gen ke atas sosej babi yang dibawa secara haram ke Jepun oleh seorang penumpang dari Filipina.

#Donald Trump
#Facebook
#PBB
#AS
#Amerika Syarikat
#United Kingdom
#gempa bumi
#Jordan
#Perdana Menteri
#Thailand
#China
#COVID-19
#kes positif
#perintah berkurung
#Joe Biden