ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 10 Disember 2020.
1) COVID-19: Kes positif lebih 68 juta, kematian hampir 1.6 juta
Ini berikutan pertambahan lebih 664,000 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
2) COVID-19: Tokyo sahkan 602 kes baharu, tertinggi setakat ini
Situasi itu mencetuskan kebimbangan terhadap tekanan ke atas hospital di ibu kota Jepun yang mana menyukarkan rawatan diberikan ke atas pesakit biasa.
3) Kurang berkesan tangani kes COVID-19, Jerman laksana sekatan lebih ketat
Perintah berkurung baharu dilaksanakan di Bavaria, Jerman selepas langkah yang dilaksanakan sebelum ini bagi membendung penularan COVID-19 dilihat kurang berkesan.
4) Singapura, UK tandatangani FTA
Singapura dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dalam usaha memastikan kelangsungan perniagaan antara kedua-dua negara.
5) Bongkah ais gergasi bakal langgar Pulau Georgia Selatan?
Bongkah ais gergasi atau iceberg bakal melanggar Pulau Georgia Selatan di sekitar Lautan Atlantik dan menyebabkan kemusnahan kepada habitat ribuan penguin, anjing laut dan burung albatros di kawasan itu.
6) Facebook dituduh memonopoli dan salah guna kuasa
Facebook mungkin akan diarah untuk menjual WhatsApp dan Instagram selepas hampir setiap negeri di Amerika Syarikat memfailkan tuntutan mahkamah terhadap syarikat itu
7) Biden menamakan calon Setiausaha Pertahanan
Bakal Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menamakan bekas Jeneral Lloyd J Austin sebagai calon Setiausaha Pertahanan. Sekiranya disahkan Senat, Austin bakal menjadi pemimpin kulit hitam pertama di Pentagon.
8) AS mungkin kembali normal hujung 2021 – Fauci
Amerika Syarikat dijangka kembali normal pada hujung tahun depan sekiranya 80 peratus penduduknya diberi vaksin COVID-19. Pakar Penyakit Berjangkit, Dr Anthony Fauci bagaimanapun menyarankan supaya langkah berjaga-jaga seperti pemakaian pelitup muka diteruskan pasca program vaksinasi.
9) COVID-19: Penumpang 'kes positif' atas kapal Royal Caribbean rupa-rupanya negatif
Seorang penumpang kapal persiaran Royal Caribbean yang disyaki positif COVID-19 pada Rabu, didapati negatif daripada virus tersebut.
10) Wartawan wanita ditembak mati di Afghanistan
Seorang wartawan dan aktivis hak asasi wanita terbunuh selepas ditembak oleh seorang lelaki bersenjata, dalam satu kejadian di Afghanistan, pada Khamis.
Astro Awani
Thu Dec 10 2020
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Tokyo lancar aplikasi janji temu AI untuk cari pasangan
Kerajaan metropolitan Tokyo melancarkan aplikasi janji temu baharu untuk telefon pintar yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi memadankan individu yang serius mengenai perkahwinan.
Shinkansen berhenti kecemasan apabila koc tercabut dalam perjalanan ke Tokyo
Sebuah kereta api laju Shinkansen terpaksa melakukan hentian kecemasan dalam perjalanannya dari timur laut Jepun ke Tokyo selepas beberapa kocnya tercabut, kata JR East, pengendali kereta api tersebut
Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil
Central Japan Railway Co. batalkan semua perkhidmatan kereta api laju Tokaido Shinkansen antara Tokyo dan Nagoya sepanjang hari pada Jumaat.
Jepun keluar amaran gempa bumi mega
JMA mengeluarkan nasihat gempa mega pertamanya, meliputi 707 majlis perbandaran dari Okinawa ke wilayah Ibaraki, selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda wilayah Miyazaki pada Khamis.
Tokyo lapor enam kematian akibat strok haba
Enam orang maut akibat strok haba pada hujung minggu di Tokyo, menurut pihak berkuasa perubatan tempatan pada Selasa.
Iklan Mechamato terpampang di Tokyo curi perhatian netizen
Siri animasi Mechamato sekali lagi mencuri perhatian peminat animasi tempatan dan luar negara apabila iklan animasi itu terpampang di papan iklan di Tokyo, baru-baru ini.
Pertemuan PM Anwar-Kishida nilai kemajuan kerjasama Malaysia-Jepun
Menerusi pertemuan itu, kedua-dua pemimpin dapat menilai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Jepun meliputi pelbagai bidang.
Hubungan dingin AS-China: Malaysia ambil pendekatan neutral - PM Anwar
Malaysia mengambil pendirian untuk tidak akan menyebelahi mana-mana pihak susulan ketegangan yang berlaku dalam hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Pesawat Japan Airlines terbakar: Malaysia zahirkan simpati dan ucap takziah
Menurut laporan, kesemua 379 penumpang dan krew penerbangan JAL 516, termasuk 8 kanak-kanak, berjaya diselamatkan, dengan sekurang-kurangnya 17 orang cedera.
Nahas JAL516: Pesawat Japan Airlines terbakar di Lapangan Terbang Haneda Tokyo
Sebuah pesawat Japan Airlines dilaporkan terbakar di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo dan anggota bomba dilaporkan sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran ketika ini.