ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat 29 Januari 2021.
1) WEF: AS perlu berhenti anggap China sebagai musuh - PM Singapura
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menegaskan, Amerika Syarikat perlu berhenti melihat China sebagai musuh mereka sebaliknya cuba untuk menjalinkan kerjasama.
Tegasnya, sekiranya kedua-dua negara tidak dapat bekerjasama, ia bukan sahaja akan menjejaskan negara tersebut malah negara lain turut terkena tempiasnya.
2) Ekonomi AS menguncup 3.5 peratus pada 2020, terburuk dalam 74 tahun
Ekonomi Amerika Syarikat (AS) menguncup sebanyak 3.5 peratus pada 2020. Ini adalah penguncupan pertama sejak krisis kewangan 2008 dan terbesar sejak 1946.
Menurut laporan Reuters, hampir kesemua sektor mencatatkan penguncupan tahun lepas.
3) Biden rombak dasar penjagaan kesihatan Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengambil langkah pertamanya dengan merombak dasar penjagaan kesihatan pentadbiran bekas presiden Donald Trump.
Jelasnya, beliau menandatangani dua perintah eksekutif sebagai langkah 'memperbaiki kerosakan' pentadbiran Trump terhadap sektor penjagaan kesihatan itu.
4) 220 cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Lubnan
Sekurang-kurangnya 220 orang cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan pada Khamis, di daerah Tripoli, utara ibu kota Lubnan, Beirut, lapor AP.
Kejadian turut melibatkan satu kematian, iaitu Omar Taibi, 30 tahun, yang dilaporkan ditembak oleh anggota keselamatan dalam tunjuk perasaan yang berterusan sejak Isnin.
5) COVID-19: Varian baharu mudah merebak dari Afrika Selatan dikesan di Amerika Syarikat
Satu lagi varian baharu COVID-19 dilaporkan dikesan pada Khamis di Amerika Syarikat, selepas satu lagi varian dikesan di United Kingdom baru-baru ini.
Penemuan terbaharu itu menyukarkan lagi keadaan negara itu yang kehilangan lebih 3,000 orang yang meninggal dunia setiap hari akibat virus berkenaan.
6) PM Singapura Lee Hsien Loong lengkapkan regimen penuh vaksinasi COVID-19
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menerima dos kedua vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech, di Hospital Besar Singapura, hari ini.
"Dengan ini, saya telah melengkapkan regimen penuh vaksinasi," kata Lee menerusi laman Facebooknya dengan turut memuat naik video beliau diberikan suntikan berkenaan.
7) COVID-19: Tiga lelaki Malaysia antara kes import asimptomatik di Singapura
Tiga lelaki rakyat Malaysia adalah antara 32 kes import asimptomatik yang disahkan di Singapura Khamis, menurut Kementerian Kesihatan Singapura.
Ketiga-tiga mereka merupakan pemegang permit kerja dan tiba ke Singapura dari negara asal, menurut kementerian itu dalam data penuh yang dikeluarkan di sini lewat malam tadi.
8) Kane mungkin berehat beberapa minggu selepas cedera dua belah buku lali
Jose Mourinho gusar apabila Harry Kane mungkin terpaksa berehat selama "beberapa minggu" selepas kapten Tottenham itu cedera di kedua-dua belah buku lalinya ketika tewas 1-3 kepada Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Penyerang kebangsaan England itu tidak dapat diturunkan dalam babak kedua di Stadium Tottenham Hotspur selepas menjalani rawatan sebanyak dua kali dalam 45 minit pertama.
9) Vaksin AstraZeneca tidak wajar diberi kepada warga emas lebih 65 tahun - RKI
Suruhanjaya Vaksin Jerman mengesyorkan agar vaksin yang dibangunkan AstraZeneca dan Universiti Oxford tidak sepatutnya diberikan kepada warga emas berusia lebih 65 tahun.
Menteri Dalam Negeri Jerman dalam satu kenyataan berkata ia berikutan Jawatankuasa Khas Vaksinasi Robert Koch Institute (RKI) Jerman mendapati setakat ini tiada data yang menunjukkan keberkesanan vaksin itu terhadap kumpulan umur berkenaan.
10) COVID-19: Kes positif global 101.2 juta, kematian hampir 2.2 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 101 juta kes.
Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan kes kumulatif global mencecah 101.253 juta.
Astro Awani
Fri Jan 29 2021
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.