ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Februari 2021.

1) COVID-19: WHO bimbang vaksin kurang berkesan tangani varian baharu 

Kewujudan varian baharu COVID-19, menimbulkan persoalan sama ada vaksin sedia ada berkesan atau sebaliknya. 

2) COVID-19: Afrika Selatan tangguh penggunaan vaksin AstraZeneca 

Ia berikutan hasil awal yang menunjukkan bahawa vaksin itu tidak berkesan untuk mencegah sakit ringan hingga sederhana daripada varian baharu COVID-19.

3) COVID-19: Fauci beri amaran agar saranan dua dos vaksin dipatuhi 

Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci memberi amaran supaya regimen dua suntikan dos bagi vaksin COVID-19 yang diluluskan dipatuhi. 

4) Kedai bakeri di Jerman jual 'vaksin' berperisa 

Seorang pemilik kedai bakeri di Passau, Jerman menawarkan ‘pelbagai jenis vaksin’ kepada pelanggannya, sebagai usaha menangani tanggapan negatif terhadap program vaksinasi. 

5) Perubahan iklim punca kemunculan COVID-19? 

Kajian yang diterbitkan melalui jurnal sains Science of the Total Environment itu turut menyatakan berlaku perubahan besar terhadap tumbuh-tumbuhan di wilayah Yunnan, China serta wilayah di Myanmar dan Laos sejak berabad lalu. 

6) Congo umum penularan semula jangkitan Ebola 

Republik Demokratik Congo mengumumkan penularan semula jangkitan penyakit Ebola di timur negara itu, hanya tiga bulan selepas penularan awal wabak itu berjaya ditangani. 

7) Gempa bumi sederhana di Laut Banda 

Satu kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di Laut Banda pada pukul 3.24 petang tadi. 

8) Pekerja perantau diraikan sempena Tahun Baharu Cina

Pekerja perantau di China diraikan dengan pelbagai acara dan perkhidmatan bagi menceriakan sambutan Tahun Baharu Cina mereka kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing. 

9) Semakin ramai rakyat Myanmar turun ke jalanan bantah rampasan kuasa tentera 

Rakyat Myanmar semakin ramai turun ke jalanan untuk membantah tindakan tentera merampas kuasa dan menahan Aung San Suu Kyi. 

10)  Rusuhan Capitol: Trump tidak bertanggungjawab atas tindakan penyokong - Peguam

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak bertanggungjawab ke atas tindakan penyokongnya merusuh di bangunan Capitol Januari lalu.