ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 15 Mac 2021.
1. 2 tahun tragedi Christchurch: Dunia perlu bahas isu 'pelampau kulit putih' - Jacinda Ardern
Isu perkauman dan pelampau kulit putih (white supremacy) masih perlu menjadi perkara yang dibahaskan di peringkat global, tegas Jacinda Ardern. Kenyataan Perdana Menteri New Zealand itu dibuat selepas genap dua tahun serangan berdarah di dua masjid di bandar Christchurch.
2. 2 maut, 13 cedera ditembak di Chicago
Dua orang terbunuh manakala sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dalam insiden tembakan di bandar Chicago Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, lapor Sputnik. Menurut media AS, seorang penembak melepaskan tembakan dalam satu pesta yang diadakan di sebuah syarikat penunda kenderaan, kira-kira pukul 4.40 pagi.
3. 12 ahli kartel dadah terbesar di Madrid tumpas
Sebuah Ferrari merah bernilai 250,000 euro dan pelbagai jenis senjata api termasuk revolver dan pedang Jepun, merupakan antara barangan yang disita, susulan penangkapan 12 ahli kartel dadah terbesar di Madrid, Sepanyol. Menurut polis pada Ahad, kartel itu dikategorikan sebagai sangat ganas susulan banyaknya senjata yang ditemui semasa serbuan.
4. Vaksin COVID-19: 107.06 juta individu terima suntikan di AS
Menurut Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit AS (CDC), setakat Ahad, sebanyak 135.85 juta dos vaksin sudah diagihkan. Ia meliputi dos vaksin keluaran Moderna, Pfizer-BioNTech dan Johnson & Johnson.
5. COVID-19: Kes global melepasi 119.77 juta, angka korban 2.65 juta
Data terbaharu John Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 29.43 juta kes dilaporkan setakat ini. Ini diikuti India dengan 11.43 juta kes dan Brazil, lebih 11.35 juta kes.
6. Tinjauan data tidak tunjuk bukti risiko darah beku - AstraZeneca
Syarikat farmaseutikal AstraZeneca menyatakan kajian data keselamatan individu yang menerima vaksin COVID-19 buatannya menunjukkan tiada sebarang bukti ke arah peningkatan risiko pembekuan darah.
Kajian itu merangkumi lebih 17 juta individu yang diberi vaksin di United Kingdom dan Kesatuan Eropah (EU).
7. Parti Angela Merkel kalah dalam dua pilihan raya negeri
Parti berhaluan kanan Canselor Angela Merkel kalah dalam dua pilihan raya negeri di tangan parti kiri pimpinan gabenor. Kekalahan itu menunjukkan siapa yang bakal menggantikan pemimpin lama negara itu dalam pilihan raya nasional enam bulan dari sekarang.
8. 39 penunjuk perasaan antikudeta Myanmar terbunuh
Sekurang-kurangnya 39 penunjuk perasaan antikudeta terbunuh setakat ini ketika peserta demonstrasi di seluruh Myanmar terus cuba membantah pemerintahan tentera di negara itu. 22 mangsa dilaporkan maut di pinggir bandar Hlaingthaya dalam serangan yang mengakibatkan sebuah kilang pakaian milik China terbakar.
9. COVID-19: Perancis perlu elak penutupan ketiga - Jean Castex
Kenyataan Perdana Menteri Perancis, Jean Castex itu menyusul ketika negara itu merekodkan 26,000 kes baharu, pada Ahad. Kerajaan Perancis setakat ini menolak tekanan daripada beberapa pakar kesihatan untuk melakukan sekatan penutupan ketiga akibat daripada peningkatan kes baharu.
10. Vaksin COVID-19: Ireland syor tangguh sementara penggunaan AstraZeneca
Timbalan Ketua Pegawai Perubatan Ireland Dr Ronan Glynn berkata cadangan itu dibuat setelah Agensi Perubatan Norway melaporkan empat kes pembekuan darah dalam kalangan orang dewasa setelah disuntik vaksin berkenaan.
Astro Awani
Mon Mar 15 2021
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 15 Mac 2021.
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.