awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Perancis perlu elak penutupan ketiga - Jean Castex

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2021
22:36 MYT
COVID-19: Perancis perlu elak penutupan ketiga - Jean Castex
Kenyataan Castex menyusul ketika negara itu merekodkan 26,000 kes baharu pada Ahad. -Gambar fail
PARIS: Perancis perlu melakukan segala usaha bagi mengelakkan sekatan baharu koronavirus ketika mana kebanyakan hospital di bawah tekanan susulan kes yang semakin meningkat.
Kenyataan Perdana Menteri Perancis, Jean Castex itu menyusul ketika negara itu merekodkan 26,000 kes baharu, pada Ahad.
Kerajaan Perancis setakat ini menolak tekanan daripada beberapa pakar kesihatan untuk melakukan sekatan penutupan ketiga akibat daripada peningkatan kes baharu.
Sebaliknya negara itu masih mengenakan perintah berkurung bermula 6 petang di seluruh negara.
Castex dalam masa yang sama menyeru agar semua rakyat mendapatkan vaksin bagi melindungi diri.
Kementerian Kesihatan melaporkan 26,343 kes COVID-19 baru pada Ahad, turun daripada 29,759 hari sebelumnya.
Sementara itu, jumlah pesakit di unit rawatan rapi (ICU) meningkat 57 hingga 4,127 orang, sementara unit kecemasan beroperasi pada hampir 82 peratus kapasiti, tertinggi sejak akhir November.
Perancis setakat ini telah memvaksinasi lebih lima juta individu atau 7.7 peratus daripada populasi.
Sebanyak lebih dua juta telah menerima kedua-dua suntikan pada Ahad.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#koronavirus
#Kementerian Kesihatan
#unit rawatan rapi
#perintah berkurung
#vaksin
#Perancis
#Jean Castex
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan