ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 16 Mac 2021.
1. Asia Pasifik mungkin mampu capai 10 peratus daripada matlamat SDG 2030
Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP) mendedahkan, rantau Asia Pasifik masih ketinggalan di belakang untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.
2. Indonesia tangguh penggunaan vaksin COVID AstraZeneca
Indonesia menangguhkan sementara cadangan menggunakan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca berikutan terdapat laporan vaksin itu menyebabkan berlakunya risiko pembekuan darah.
3. Vaksin COVID-19 | Program vaksinasi melalui farmasi terhenti di Perancis
Beberapa lagi negara mengumumkan penggantungan pemberian vaksin AstraZeneca termasuk Perancis, Itali dan Jerman.
4. Hotel beruang kutub utara di China dikecam
Rakaman video yang diambil tetamu hotel menunjukkan beruang berkenaan, yang kini terancam, ditempatkan dalam kandang dibawah sinaran lampu cerah dikelilingi batu dan isikel palsu dengan lantai yang dicat putih. Persatuan hak asasi haiwan mengecam hotel berkenaan dan menggesa orang ramai untuk tidak mengunjungi pusat yang mengaut keuntungaan ke atas penderitaan haiwan.
5. Lelaki dituduh curi bateri, roda motosikal dipukul sehingga mati
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di kampung Sirka di Jharkhand dan lelaki tersebut didakwa diikat di tiang elektrik dan dipukul sehingga meniggal dunia. Penduduk tempatan mengatakan bahawa lelaki yang dikenali dengan nama Mubarak Khan itu dan berasal dari Mahespur, mencuri roda dan bateri motosikal.
6. Tempah helikopter tabur duit ketika majlis perkahwinan
Bagi meraikan majlis perkahwinin dengan penuh gaya, empat beradik di Pakistan menyewa sebuah helikopter untuk menaburkan wang kepada para tetamu. Majlis yang melibatkan keluarga Rana tersebut diadakan di daerah Punjab minggu lepas, media tempatan melaporkan.
7. Tewaskan Wolves, peluang Liverpool berada dalam kelompok empat teratas kembali cerah
Selepas tewas dalam beberapa perlawanan, peluang Liverpool untuk bersaing merebut tempat dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali cerah setelah menewaskan Wolves 1-0 di Stadium Molineux.
8. COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 120 juta
Walaupun banyak negara dunia sudah memulakan program vaksinasi, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global terus tunjukkan aliran peningkatan. Ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kes positif COVID-19 global kini melepasi 120 juta kes.
9. Vaksin COVID-19 | Program vaksinasi melalui farmasi terhenti
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris singgah di sebuat pusat vaksinasi di Las Vegas bagi mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang berhempas pulas memberi vaksin kepada komuniti setempat.
10. Vaksin COVID-19 | WHO pertahankan penggunaan AstraZeneca
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempertahankan penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca walaupun beberapa negara lagi mengumumkan untuk menggantungkan pembelian vaksin itu.
Astro Awani
Tue Mar 16 2021

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 16 Mac 2021.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.

Lumpuh akibat dihempap bas, bekas mekanik kini ubah suai kerusi roda untuk OKU
Mohd Rosdi Osman, 61, kini terpaksa bergantung sepenuhnya pada kerusi roda untuk melakukan rutin harian.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

AS tarik diri, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO dijangka berlangsung dalam suasana krisis
Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin dijangka berlangsung dalam suasana krisis berikutan kesan daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri.

Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.

Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengeluarkan Amerika Syarikat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.

Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.

AS$10 bilion diperlukan untuk pulihkan sistem kesihatan Gaza - WHO
WHO memerlukan akses yang pantas, tanpa halangan dan selamat untuk mempercepatkan aliran bantuan ke Gaza.