ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu 27 Mac 2021.

1. Kes jangkitan melonjak di India, ikon kriket Sachin Tendulkar positif COVID-19

Ikon kriket India, Sachin Tendulkar pada Sabtu mengesahkan dirinya positif COVID-19, dan kini mengalami simptom sederhana, ketika angka jangkitan di negara kedua paling padat populasi di dunia itu menunjukkan trend peningkatan.

2. Giat tangkap kelawar, 'pemburu virus' ini berharap mampu halang pandemik seterusnya

Sekumpulan para penyelidik lengkap dengan sut pelindung dan lampu di kepala, bergegas untuk melepaskan kuku dan sayap kelawar yang tersangkut pada rentangan jaring pada waktu malam di Laguna, Filipina.

3. H&M, Nike diboikot selepas persoal buruh paksa di Xinjiang

JENAMA-JENAMA fesyen terkemuka termasuk H&M dan Nike dikecam di China selepas menimbulkan kebimbangan tentang penggunaan buruh paksa dalam industri kapas di Xinjiang, menurut laporan BBC.

4. Sedia untuk bingit! Selepas 17 tahun, berbilion telur makhluk ini bakal menetas

BAGI jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS), bulan Mei nanti mereka akan berdepan dengan suasana yang bingit.

Fenomena alam itu terjadi apabila sekali dalam tempoh 17 tahun, sejenis riang-riang hutan atau cicada akan menetas dari telurnya, dan spesies itu dijangka bersaiz besar.

5. Perintah berkurung jalin persahabatan unik antara warga emas Perancis dan pelajar British

Bagi Jacqueline Tolu, seorang wanita Perancis berusia 98 tahun, dan Elliot Bellman, seorang pelajar berumur 20 tahun yang tinggal di rumah ibu bapanya di England, pandemik COVID-19 bukan sekadar mengubah kehidupan mereka, malah telah mencetus jalinan persahabatan unik.

6. Enam cedera, dua kereta kemalangan rempuh pejalan kaki

Enam pejalan kaki mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta yang bertindak melintasi laluan kaki lima di Flatbush, Brooklyn, Amerika Syarikat.

7. Selepas 100 tahun, California condor kembali 'beraksi' di habitat asal

PELAN konservasi bagi burung hering spesies California Condor kini lebih menarik selepas populasi haiwan yang disifatkan sangat terancam itu terus menunjukkan peningkatan.

8. Gempa bumi sederhana di timur laut Taiwan

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 pada skala Richter dilapor menggegarkan kawasan timur laut Taiwan pada 6.02 pagi ini.

9. Trafik Terusan Suez | Kapal kontena tersekat, Terusan Suez sesak

Kapal tunda dan korek meneruskan operasi hari kelima untuk mengapungkan kapal kontena, MV Ever Given, yang menghalang Terusan Suez di Mesir. Keadaan itu memaksa syarikat perkapalan mengubah laluan penting kapal dagang di sekitar Afrika.

10. COVID-19: Kes positif global lebih 125.87 juta, angka korban global kini lepasi 2.76 juta

JUMLAH kes harian positif COVID-19 global meningkat dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif global kini melepasi 125.87 juta kes.