ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin 3 Mei 2021.

1. Jangan benarkan pandemik 'bunuh' media 

Setiausaha Agung Persatuan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memberi amaran pandemik COVID-19 yang melanda kini merupakan satu ancaman kepada kebebasan media.

2. COVID-19 di Thailand: 2,041 kes baharu, 31 kematian dalam 24 jam

Thailand pada Isnin merekodkan angka korban tertinggi akibat COVID-19, dengan 31 kes kematian. Angka itu mencetuskan tahap waspada terkini dalam kalangan petugas barisan hadapan dan rakyat Thailand, yang kini berdepan dengan gelombang ketiga penularan.

3. COVID-19 | 80 orang disahkan positif di bandar kecil Itali

Sebuah kawasan komuniti kecil di Itali diisytiharkan sebagai zon merah selepas 80 orang dilaporkan positif COVID-19. Ini bermakna operasi bar, restoran dan beberapa fasiliti lain akan ditutup kepada orang awam di kawasan Bella Farnia di Sabaudia.

4. Vaksin COVID-19: 40,000 dos mungkin perlu dilupus selepas pemandu tinggalkan lori

40,000 dos vaksin COVID-19 mungkin perlu dilupuskan selepas lori yang membawa bekalan itu ditemui ditinggalkan di tepi jalan di India.

5. Kemaluan dipotong, dicampak selepas dituduh cuba merogol anak buah

Seorang lelaki berdepan detik negeri apabila kemaluannya dipotong oleh dua lelaki kemudian sebelum diberi makan kepada beberapa ekor babi hutan di Brazil baru-baru ini.

6. COVID-19: Britain segerakan bantuan tambahan ke India

Kerajaan United Kingdom menyegerakan bantuan tambahan kepada sistem kesihatan India, ketika para doktor di negara itu bergelut dengan lonjakan kes COVID-19, yang mengorbankan ribuan nyawa setiap hari.

7. Vaksin COVID-19: AS cari jalan penyelesaian perkongsian paten

Amerika Syarikat dilaporkan sedang mencari titik penyelesaian terhadap isu perkongsian paten bagi vaksin COVID-19. Perkara tersebut didedahkan selepas Parti Demokrat menghantar surat terbuka kepada Presiden Joe Biden.

8. COVID-19 | Kes positif seluruh dunia melepasi 152 juta

Jumlah kumulatif kes positif global kini melebihi 152 juta. Ia berikutan lebih lapan ratus ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

9. Sekolah di China diarah tutup selepas mendakwa pelajar mampu menetaskan telur rebus

Sebuah sekolah vokasional di China telah diarah tutup selepas pengasas serta pengetuanya menerbitkan laporan yang mendakwa pelajar sekolah berkenaan mampu menetaskan telur ayam dengan hanya menggunakan "kuasa minda".

10. Menara Pisa Itali mula dibuka kepada pengunjung

Menara Condong Pisa dibuka semula untuk pengunjung, setelah penutupan yang begitu lama kerana sekatan COVID-19. Tawaran jualan tiket yang sah digunakan untuk setahun juga dilakukan bagi menggalakkan lebih ramai hadir.