Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 29, 2021 15:04 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu 29 Mei 2021.
1. 22 maut minum arak beracun di Uttar Pradesh, India
Jumlah korban akibat meminum arak beracun di Uttar Pradesh, utara India kini meningkat kepada 22 orang, lapor Agensi Berita Xinhua.
2. COVID-19: Thailand rekod 4,803 lagi kes baharu, 34 korban
Thailand melaporkan 4,803 kes baharu COVID-19 termasuk 2,702 jangkitan membabitkan banduan dan 31 lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 149,779 dan 988 orang meninggal dunia setakat ini.
3. Kapal bawa 181 penumpang dan 14 kru terbakar di Maluku, Indonesia
Sebuah kapal penumpang, KM Karya Indah yang membawa 181 penumpang dan 14 kru terbakar di Perairan Pulau Limafatola, Sanana, di Maluku Utara, Indonesia.
4. 215 mayat kanak-kanak ditemui di sekolah lama British Columbia
Mayat 215 kanak-kanak Orang Asli ditemui dikebumi di sebuah sekolah lama di British Columbia, perkara itu didedahkan komuniti First Nation pada Khamis.
5. Dua artifak lama Thailand didakwa dicuri, dipulangkan ke negara asal
Dua ukiran batu pasir kuno yang dipercayai dicuri dari Thailand dan diseludup ke Amerika Syarikat semasa Perang Vietnam dikembalikan semula ke negara asal.
6. Warga emas ditemui mati, mayat dimakan kucing peliharaan
Misteri bau busuk di sebuah pangsapuri terjawab apabila polis Sepanyol menemui mayat seorang wanita warga emas yang sudah reput pada Isnin.
7. Polis New York buru suspek rogol
Polis New York sedang memburu seorang lelaki yang didakwa merogol tiga remaja perempuan di Queens. Menurut polis, Dwayen Gordon, 41, didakwa telah memberi ubat tidur kepada tiga rakan anaknya berusia 13 tahun, sebelum merogol mereka dalam beberapa insiden berasingan.
8. Pesawat terpaksa berpatah balik gara-gara kelawar dalam kabin
Sebuah pesawat Air India yang dalam penerbangan ke Amerika Syarikat (AS) terpaksa berpatah balik apabila seekor kelawar terbang di dalam ruang kabin penumpang.
9. Vaksin COVID: EU lulus penggunaan Pfizer-BioNTech terhadap remaja
Suruhanjaya Eropah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech kepada remaja seawal usia 12 tahun.
10. Asal-usul COVID-19: Proses siasatan 'diracuni' politik - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkritik pertelingkahan yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat dan China berhubung siasatan berterusan dalam mencari asal-usul COVID-19.
#berita antarabangsa #berita pilihan #berita luar negara #pandemik #COVID-19 #Perkembangan Dunia