awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

22 maut minum arak beracun di Uttar Pradesh, India

Bernama
Bernama
29/05/2021
13:01 MYT
22 maut minum arak beracun di Uttar Pradesh, India
Arak itu dibeli pada Khamis di kedai yang mempunyai lesen sah dan kejadian berlaku pada Jumaat.- Gambar hiasan
NEW DELHI: Jumlah korban akibat meminum arak beracun di Uttar Pradesh, utara India kini meningkat kepada 22 orang, lapor Agensi Berita Xinhua.
Kejadian itu berlaku di daerah Aligarh, kira-kira 416 kilometer barat laut Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh.
"Setakat ini 22 orang meninggal dunia sebab minum arak beracun dan beberapa lagi mangsa dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit," kata seorang pegawai di pejabat majistret daerah Aligarh pada Sabtu.
Menurutnya arak itu dibeli pada Khamis di kedai yang mempunyai lesen sah dan kejadian berlaku pada Jumaat.
Berikutan itu, pihak berkuasa telah menutup lima kedai dan menggantung beberapa pegawai jabatan cukai termasuk pegawai eksais daerah Dheeraj Sharma.
Pejabat majistret daerah juga telah mengarahkan kes itu disiasat.
"Tiga kes berasingan telah dilaporkan di tiga balai polis daerah, membabitkan arak beracun. Polis telah melancarkan siasatan dan beberapa orang ditahan untuk disoal siasat," kata seorang pegawai polis.
Sementara itu, pihak berkuasa telah mengambil sampel minuman dari kedai terbabit dan dihantar ke makmal untuk diuji.
Pada 2019 kira-kira 100 orang maut dalam tragedi hooch di Uttar Pradesh dan Uttarakhand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#cukai
#arak
#majistret
#Uttar Pradesh
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan