DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis 10 Jun 2021.
Berang isterinya dirogol, seorang lelaki bertindak menikam majikannya sebanyak 13 kali sehingga maut di Bengkulu, Indonesia.
COVID-19: India pecah rekod kematian tertinggi di dunia selepas buat kiraan semula
2. Angka korban di India melonjak naik kepada lebih 6,000 kes sekali gus memecah rekod kematian tertinggi di dunia apabila salah satu negeri mengkaji semula data kematian akibat COVID-19.
Sekurang-kurangnya 11 maut dan 7 yang lain cedera akibat bangunan runtuh di Mumbai, India pada malam Rabu. Runtuhan berlaku berikutan hujan monsun sepanjang hari di negeri barat itu.
Kementerian Kesihatan Vietnam melaporkan 70 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 12 jam sehingga 6 pagi Khamis, termasuk 66 penularan tempatan dan tiga kes import.
Sekurang-kurangnya 12 orang termasuk dua sami terbunuh dalam nahas pesawat tentera udara Myanmar yang dilapor berlaku sebentar tadi. Nahas dipercayai akibat cuaca buruk itu berlaku di perkampungan Anisakan di Pyin Oo Lwin.
Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) mendedahkan wilayah Mediterranean Timur catat penurunan kes COVID-19 dalam tempoh enam minggu. Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di seluruh wilayah itu mencapai 10.35 juta kes COVID-19 yang disahkan dan sekitar 206,000 kematian direkodkan.
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 3.75 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 598 ribu kes.
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dijangka bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin dalam rangka lawatan pertamanya ke luar negara Pertemuan kedua-dua pemimpin ini dijangka berlangsung di sebalik Sidang Kemuncak G7.
Amerika Syarikat akan sumbangkan 500 juta dos vaksin Pfizer BioNTech kepada 92 negara berpendapatan rendah bagi tempoh dua tahun akan dating. Pengumuman mengenai inisiatif ini dijangka diumumkan Presiden Joe Biden sebelum bermulanya Sidang Kemuncak G7 pada Khamis.
Presiden Joe Biden batalkan perintah eksekutif mengharamkan aplikasi TikTok dan WeChat Bekas Presiden Donald Trump haramkan dua aplikasi itu sebelum ini atas alasan isu keselamatan negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami