awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Vietnam catat 66 lagi kes penularan tempatan

Bernama
Bernama
10/06/2021
06:06 MYT
COVID-19: Vietnam catat 66 lagi kes penularan tempatan
Setakat 9 Jun, 1.39 juta orang di Vietnam sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 dan 47,179 sudah lengkap menerima kedua-dua dos. REUTERS
HANOI: Kementerian Kesihatan Vietnam melaporkan 70 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 12 jam sehingga 6 pagi Khamis, termasuk 66 penularan tempatan dan tiga kes import, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Kes tempatan itu dilaporkan di Bac Giang sebanyak 16 kes, Bac Ninh (23), Bandaraya Ho Chi Minh (26) dan Ha Tinh (satu). Sebanyak 50 kes dikesan di wilayah yang dikenakan perintah sekatan pergerakan.
Sehingga 6 pagi Khamis, jumlah kes yang dilaporkan sebanyak 8,020, menyaksikan 6,450 kes dicatatkan sejak gelombang baharu bermula 27 April lalu.
Sejak 29 April, seramai 3.29 juta orang telah menjalani ujian saringan COVID-19. Sementara itu 16 wilayah yang terjejas dengan wabak tidak melaporkan kes baharu dalam tempoh 14 hari.
Jumlah pesakit pulih pula seramai 3,636 manakala kes kematian sebanyak 55.
Buat masa ini, seramai 187,749 kontak rapat sedang menjalani kuarantin.
Pada 9 Jun, 29,967 orang lagi sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan seramai 1.39 juta. Seramai 47,179 sudah lengkap menerima kedua-dua dos.
Menteri Kesihatan Nguyen Thanh Long berkata kementerian sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak bekalan vaksin dan meminta COVAX serta UNICEF meningkatkan bekalan vaksin ke Vietnam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Vietnam
#COVID-19
#ujian saringan
#gelombang baharu
#vaksin
#suntikan
#penularan tempatan
#kes import
#kontak rapat
#kuarantin
#COVAX
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan