ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa 22 Jun 2021.
1. Venice terancam jika terus benarkan kapal persiaran berlabuh - UNESCO
UNESCO berkata, pihaknya akan meneliti cadangan untuk meletakkan Venice dalam senarai bandar raya terancam pada sidang pleno yang akan bermula 16 hingga 31 Julai.
2. Bank Dunia biaya pelancaran vaksin COVID-19 di Ghana
Bank Dunia bersedia untuk membiayai bantuan tambahan pelancaran vaksin COVID-19 Ghana, kata Pengarah bank itu untuk negara Ghana, Pierre Laporte.
3. Ibu dimasukkan ke wad psikiatri 'palsukan' kelahiran 10 bayi kembar
Gosiame Thamara Sithole, 37 tahun, yang didakwa ‘memalsukan’ kelahiran 10 bayi kembarnya telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan psikiatri. Dia di tahan di rumah saudaranya yang terletak berdekatan Johannesburg, Afrika Selatan pada awal Khamis lalu.
4. Lengkap dos vaksin | UK kaji mansuh kuarantin bagi kontak rapat
Britain sedang merancang untuk menghapuskan peraturan syarat kuarantin diri bagi individu yang menerima dua dos vaksin COVID-19. Menteri Kesihatan UK, Matt Hancock berkata, peraturan yang bakal dimansuhkan itu adalah bagi mereka yang menjadi kontak rapat kepada individu positif.
5. Teksi terbang disasar beroperasi pada Sukan Olimpik Paris 2024
Teksi udara elektrik keluaran syarikat Jerman, Volocopter diterbangkan buat kali pertama di Perancis pada Isnin. Menurut syarikat berkenaan, teksi udara itu dijangka akan beroperasi semasa Sukan Olimpik di Paris pada tahun 2024.
6. 'Terima kasih Lee Kwang Soo', surat menyentuh hati Running Man
Suasana sebak harus dilalui oleh Running Man apabila mereka terpaksa melepaskan keluarga yang paling disayangi, Lee Kwang Soo.
7. Rakyat Filipina diberi pilihan ambil vaksin COVID-19 atau dipenjara
Rakyat Filipina yang enggan mengambil vaksin COVID-19 berdepan hukuman penjara.Presiden Rodrigo Duterte memberi amaran tersebut ketika Filipina menjadi salah satu negara Asia yang terjejas teruk akibat pandemik itu dengan 1.3 juta kes positif dan lebih 23,000 kes kematian.
8. Pelakon Gunther dalam siri 'Friends' menghidap barah prostat tahap 4
Pelakon berusia 59 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Gunther, mengumumkan perkara tersebut ketika temu bual bersama NBC ketika Today Show pada Isnin.
9. COVID-19 | Hab vaksin pertama di Afrika Selatan dibangunkan
Pertubuhan kesihatan sedunia memaklumkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kini sedang berbincang dengan beberapa syarikat dan institusi untuk menghasilkan sebuah hub pemindahan teknologi pertama vaksin COVID-19 di Afrika Selatan.
10. COVID-19 | Kes harian, kematian global menurun
Kes harian baharu dan kes kematian global akibat COVID-19 menunjukkan trend penurunan untuk lapan minggu berturut-turut. Walaupun ia menunjukkan petanda positif namun menurut Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, kadar kebolehjangkitan dan kadar kematian masih menunjukkan trend peningkatan.
Astro Awani
Tue Jun 22 2021
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Duterte tak hadir pendengaran Jawatankuasa Quad mengenai pembunuhan luar bidang kehakiman
Bekas Presiden Rodrigo Duterte tidak menghadiri sesi pendengaran Jawatankuasa Quad House mengenai pembunuhan di luar bidang kehakiman (EJK) yang dikaitkan dengan kempen antidadahnya.
Filipina tidak akan ambil bahagian dalam siasatan ICC terhadap kempen antidadah
Filipina tidak akan mengambil bahagian dalam keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk meneruskan siasatan ke atas kempen antidadah presiden Rodrigo Duterte sebelum ini.
ICC tolak rayuan Filipina sekat siasatan perang dadah Duterte
ICC menolak rayuan Filipina terhadap siasatan mahkamah mengenai "perang melawan dadah" bekas Presiden Rodrigo Duterte.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa buka semula siasatan 'perang dadah' oleh Filipina
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan menyambung semula penyiasatan terhadap 'perang dadah' oleh Filipina yang menyebabkan beribu-ribu orang terkorban.
Wartawan veteran Filipina ditembak mati, kumpulan media tuntut perlindungan
Kes tembak yang menyebabkan kematian seorang wartawan radio Filipina, Percival Mabasa memberi tamparan hebat terhadap tahap kebebasan akhbar di negara itu.
Filipina tolak sertai semula Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Ini selepas pendakwa raya ICC merancang untuk menyambung semula siasatan ke atas kempen 'perang melawan dadah' kerajaan Filipina sebelum ini.
Marcos Jr angkat sumpah Presiden Filipina yang baharu
Beliau menggantikan Duterte yang terkenal dengan kempen memerangi dadah sehingga menyebabkan ribuan pengedar dadah mati dibunuh di negara itu.
Pilihan Raya Presiden Filipina: Marcos Jr menang bergaya
Pengiraan tidak rasmi menunjukkan Marcos Jr, lebih dikenali sebagai Bongbong, telah melepasi 27.5 juta undi yang diperlukan.