ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa 29 Jun 2021.

1. India catat 37,566 kes baharu COVID-19, 907 kematian

India melaporkan 37,566 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, mengumpul jumlah jangkitan keseluruhan sebanyak 30,316,897 pada Selasa.

2. Pelancong masuk Korea Selatan dari 21 negara perlu jalani kuarantin

Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan pada Selasa berkata pelancong yang tiba dari India, Indonesia, Pakistan, Filipina dan 17 negara lain tetap perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari walaupun sudah lengkap divaksin COVID-19, berikutan kebimbangan penularan varian Delta.

3. Pemilik restoran di Thailand kecewa larangan makan di kedai dikuatkuasakan semula

Pemilik kedai makan di Bangkok dan wilayah berdekatan kecewa setelah larangan menjamu selera di premis dikuatkuasakan semula pada Isnin, setelah pemerintah sebelum ini melonggarkan langkah kawalan COVID-19.

4. Biden ikrar pastikan Iran tidak peroleh senjata nuklear

Biden berkata demikian sehari selepas tentera AS melancarkan serangan udara terhadap tentera yang disokong Iran di sempadan Syria-Iraq.

5. Pengendali lapangan terbang EU beri amaran sijil COVID-19 digital bakal cetus huru-hara

Sistem perjalanan digital COVID-19 Kesatuan Eropah (EU) akan mula berkuat kuasa pada Khamis, namun kumpulan Lapangan Terbang ACI dan badan mewakili syarikat penerbangan A4E, IATA dan ERA memberi amaran kepada pemimpin negara-negara EU mengenai beberapa pendekatan yang menimbulkan kebimbangan.

6. Malaysia-Turki setuju kukuh kerjasama dalam tadbir urus hal ehwal Islam

Kedua-dua negara setuju memperkukuh kerjasama melalui perkongsian pintar dalam zakat, industri halal, penyelidikan, kefatwaan, wakaf, falak dan memerangi keganasan.

7. Greece tawar ganjaran kepada golongan muda dapatkan vaksin

Greece menawarkan ganjaran bernilai 150 euro (kira-kira RM740) dan data telefon percuma selama sebulan kepada golongan muda negara itu untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 pertama mereka.

8. Israel cadang lupus 800,000 vaksin COVID-19 jika tiada pembeli

Perbadanan Penyiaran Awam Israel (KAN) pada Isnin, tidak menyatakan jenis vaksin itu tetapi Tel Aviv sebelum ini dilaporkan telah membeli vaksin Pfizer-BioNTech.

9. Vaksin AstraZeneca | Suntikan ketiga hasilkan tindak balas imun kuat

Suntikan ketiga vaksin COVID-19 Oxford-AstraZeneca menghasilkan tindak balas imunisasi yang kuat. Perkara itu disahkan penyelidik pada isnin, namun belum ada bukti bahawa suntikan tambahan diperlukan terutama ketika kekurangan bekalan vaksin di beberapa negara.

10. COVID-19: Hanya individu telah divaksinasi dibenar ke tempat awam mulai 20 Ogos di Abu Dhabi

Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan hanya membenarkan individu yang telah menerima vaksin untuk pergi ke beberapa kawasan awam di sini bermula 20 Ogos. Keputusan itu tidak terpakai kepada rakyatnya yang mendapat pengecualian dan juga individu berusia 15 tahun ke bawah.