ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 03 Julai 2021.

1. COVID-19 di Indonesia membimbangkan; hampir 28 ribu kes baharu

Indonesia berterusan merekodkan lonjakan kes positif baharu COVID-19 dengan mencatatkan hampir 28,000 kes pada hari pertama pelaksanaan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali.

2. Indonesia: Hanya penerima vaksin dibenarkan merentas provinsi

Pemerintah Indonesia menetapkan peraturan bahawa hanya mereka yang sekurang-kurangnya telah menerima dos pertama vaksin dibenarkan melakukan perjalanan jarak jauh atau merentas provinsi.

3. Kondominium runtuh, angka korban meningkat lagi

Dua lagi mangsa runtuhan sebahagian blok pangsapuri 12 tingkat di Miami, Florida ditemui. Sekali gus menjadikan 22 mangsa sudah ditemui setakat ini, genap seminggu insiden tersebut berlaku. Manakala 126 lagi masih belum dikesan.

4. Kanak-kanak antara berisiko, ini sebab kenapa varian Delta amat berbahaya

COVID-19 sudah berada dalam kehidupan kita lebih dua tahun. Dan sejak itu, cara hidup kita berubah hampir sekelip mata.

5. Vaksin COVID-19: EU berusaha luluskan Covishield keluaran India

Suruhanjaya Eropah sedang mencari jalan bagi meluluskan suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca versi India atau Covishield di seluruh Eropah.

6. COVID-19: Korban di India cecah 400,000 ketika kebimbangan kemunculan gelombang ketiga

Angka kematian rasmi akibat COVID-19 di India mencecah 400,000 pada Jumaat.

Bagaimanapun, pakar menyatakan jumlah sebenar kematian mungkin mencapai satu juta atau lebih tinggi dengan kemungkinan kemunculan jangkitan gelombang ketiga.

7. COVID-19: WHO cadang ujian saringan di sekolah, elak kesan bahaya kepada remaja

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan agar ujian COVID-19 dijalankan di sekolah untuk mengelak 'kesan bahaya' akibat penutupan sekolah dan pembelajaran secara dalam talian.

8. COVID-19: Rusia catat korban tertinggi empat hari berturut-turut

Rusia sekali lagi mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi untuk empat hari berturut-turut. Pada Jumaat, 679 kes kematian baharu akibat COVID-19 direkodkan.

9. Kuarantin: Jerman beri isyarat longgar sekatan untuk UK

Canselor Jerman Angela Merkel memberi isyarat kelonggaran peraturan kuarantin untuk warga Britain yang telah diberi vaksin sepenuhnya selepas pertemuan bersama Perdana Menteri Boris Johnson, pada Jumaat.

10. COVID-19: Britain catat 50,824 varian Delta dalam seminggu

Britain merekodkan 50,824 kes baharu varian Delta COVID-19 sejak tujuh hari lalu. Kesihatan Awam England (PHE) berkata jumlah kes baharu varian Delta meningkat kepada 161,981 iaitu kenaikan 46 peratus dari minggu lalu.