DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Julai 2021.
Indonesia antara negara yang berdepan lonjakan kes jangkitan baharu COVID-19 yang amat membimbangkan, apabila sebanyak 31,189 kes baharu harian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.
Hampir 8,000 pelancong asing mohon lawat Phuket
2. Hampir 8,000 pelancong asing telah memohon Sijil Kebenaran Masuk (COE) melalui kedutaan dan konsulat Thailand di seluruh dunia, sejak negara ini membuka semula Phuket pada 1 Julai menerusi program "Phuket Sandbox".
Remaja dan belia berumur kurang 30 tahun disarankan menghindari aktiviti fizikal dalam tempoh tujuh hari selepas menerima vaksin COVID-19, sebagai langkah pencegahan lanjut, kata Kementerian Kesihatan Singapura.
Jerman akan menyumbangkan kira-kira 3 juta dos vaksin COVID-19 kepada negara-negara di Balkan Barat secepat mungkin, kata Canselor Angela Merkel pada Isnin.
Empat lagi mangsa akibat runtuhan kondominium di Miami, Florida, Amerika Syarikat ditemui pada Isnin.
Presiden Mexico, Andrés Manuel López Obrador menjelaskan, kebakaran susulan kebocoran paip gas di Teluk Mexico adalah satu kemalangan.
Seorang lelaki maut dan lebih 12 rumah musnah selepas satu insiden letupan di Warren Michigan pada Ahad.
Lebih 3.21 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini mencecah 184 juta kes berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson memberi bayangan bahawa sekatan berkaitan COVID-19 akan dilonggarkan menjelang akhir Julai nanti.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami