Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 17, 2021 15:56 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Julai 2021.
1. COVID-19: Thailand sekali lagi catat rekod baharu, lebih 10,000 kes, 141 kematian
Thailand sekali lagi menyaksikan rekod baharu jangkitan dan kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kes baharu melepasi angka 10,000 dan 141 orang dilaporkan meninggal dunia.
2. Bekas pegawai Haiti arah bunuh Jovenel Moise
Seorang bekas pegawai Kementerian Kehakiman Haiti dipercayai individu yang bertanggungjawab di sebalik pembunuhan presiden Jovenel Moise, menurut Agensi Berita Xinhua memetik pihak berkuasa Colombia.
3. Banjir Jerman: 110 disahkan maut, 1,300 hilang
Sekurang-kurangnya 110 penduduk terkorban manakala 1,300 lagi dikhuatiri hilang pada Jumaat, selepas hujan lebat membadai barat Eropah, mengakibatkan banjir besar melanda Jerman dan Belgium.
4. COVID-19: Hospital di Missouri dilanda peningkatan jumlah pesakit
Varian Delta yang merebak dengan cepat menyebabkan peningkatan kemasukan ke hospital di Missouri, Amerika Syarikat.
5. Vaksin tunggal COVID-19 sumbangan AS akan mula dihantar ke Afrika
Amerika Syarikat akan mula membuat penghantaran vaksin COVID-19 dos tunggal ke Afrika dalam beberapa hari akan datang.
6. COVID-19: Muzium di London bertukar jadi pusat vaksinasi
Muzium London Tate Modern berubah menjadi pusat vaksinasi COVID-19 pada Jumaat, bagi menawarkan dos pertama dan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
7. Wanita curi wang tunai RM33.68 juta milik warga emas
Seorang wanita di Alabama, Lisa Daugherty didakwa mencuri wang tunai AS$8 juta (RM33.68 juta) dan mengambil hartanah bernilai AS$1 juta (RM4.21 juta) daripada seorang warga emas di sebuah pusat jagaan untuk golongan itu baru-baru ini.
8. Vaksin COVID-19: 3.56 bilion dos didaftarkan seluruh dunia
Lebih 3.56 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Sabtu.
9. Arab Saudi tingkatkan kawalan keselamatan di kota Mekah menjelang ibadah haji
Arab Saudi meningkatkan kawalan keselamatan di Mekah sebelum bermulanya ibadah haji tahun ini.
10. Kluster KTV COVID-19: Singapura gantung dua minggu operasi lebih 400 kelab malam
Kerajaan Singapura mengambil keputusan untuk menggantung operasi lebih 400 kelab malam selama dua minggu.
#berita pilihan #berita antarabangsa #berita luar negara #pandemik #COVID-19 #pusat vaksinasi #London