awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Muzium di London bertukar jadi pusat vaksinasi

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2021
01:01 MYT
COVID-19: Muzium di London bertukar jadi pusat vaksinasi
UK telah meningkatkan usaha vaksinasi menjelang tarikh akhir sekatan yang dijanjikan. - REUTERS/Peter Nicholls
LONDON: Muzium London Tate Modern berubah menjadi pusat vaksinasi COVID-19 pada Jumaat, bagi menawarkan dos pertama dan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
UK telah meningkatkan usaha vaksinasi menjelang tarikh akhir sekatan yang dijanjikan serta kebimbangan yang memuncak ke atas peningkatan jangkitan varian Delta.
Negara berkenaan catat lebih daripada 50,000 kes COVID-19 baru pada Jumaat, yang merupakan kali pertama dalam tempoh enam bulan.
Penasihat Perubatan Tinggi Kerajaan juga memberi amaran bahawa mereka yang dimasukkan ke hospital mencapai tahap yang menakutkan dalam beberapa minggu.
Walaupun terdapat kenaikan, kerajaan Britain merancang untuk meneruskan kelonggaran sekatan pada Isnin ini.
Antaranya adalah garis panduan baru penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup.
Kerajaan berharap agar pemberian vaksin yang cepat akan dapat melandaikan jumlah mereka yang dijangkiti COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#PPV
#muzium
#Pfizer-BioNTech
#Varian Delta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan