awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita curi wang tunai RM33.68 juta milik warga emas

Sinar Harian
Sinar Harian
17/07/2021
00:49 MYT
Wanita curi wang tunai RM33.68 juta milik warga emas
Wanita curi wang tunai RM33.68 juta milik warga emas. - Foto Sinar Harian
BIRMINGHAM: Seorang wanita di Alabama, Lisa Daugherty didakwa mencuri wang tunai AS$8 juta (RM33.68 juta) dan mengambil hartanah bernilai AS$1 juta (RM4.21 juta) daripada seorang warga emas di sebuah pusat jagaan untuk golongan itu baru-baru ini.
Daughherty, 54, ditangkap pada Rabu lalu berhubung dua dakwaan melakukan eksploitasi kewangan ke atas warga emas di tempatnya bekerja iaitu di Oak Landing Assisted Living di Attalla, Albama.
Dia melakukan perbuatan itu dengan mendapatkan kebenaran daripada peguam warga emas berkenaan di pusat jagaan itu.
Menurut dokumen mahkamah, Daugherty mendapat kebenaran daripada peguam warga emas tersebut untuk memindahkan aset-aset miliknya ke pusat jagaan berkenaan.
Dia kemudian mula memindahkan aset-aset mangsa kepada dirinya sendiri pada Januari 2017.
Melalui transaksi wang tunai berjuta-juta dolar itu, dia membeli sebuah rumah, pelbagai lokasi kediaman percutian dan kereta, kata pihak berkuasa.
Wanita itu juga menggunakan wang tunai tersebut untuk perbelanjaan hariannya.
Daugherty juga didakwa menggelapkan wang Sekuriti Keselamatan milik mangsa.
Menurut portal berita CBS 42, dia boleh dihukum sehingga 20 tahun dan denda AS$30,000 (RM126,285) jika sabit kesalahan.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Wanita curi wang tunai RM33.68 juta milik warga emas
Topic Berkaitan
#warga emas
#tipu
#curi wang
#aset
#peguam
#pusat jagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan