NTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 8 Ogos 2021.

1. Tokyo 2020: Kisah sedih di sebalik jambangan bunga Olimpik

Artikel ini, tidaklah menceritakan perihal sukan-sukan di temasya berprestij itu namun membawakan cerita di sebalik jambangan bunga dipegang atlet yang memenangi pingat.

2. NASA buka permohonan kalau mahu rasa tinggal di 'Marikh' selama setahun

Sebagai persiapan untuk menghantar angkasawan ke Marikh, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika (NASA) membuka permohonan untuk empat individu untuk tinggal selama setahun di Mars Dune Alpha, sebuah fasiliti seluas 1,700 kaki persegi, yang dibina menggunakan teknologi percetakan 3D, terletak dalam bangunan Johnson Space Center di Houston.

3. COVID-19: Angka jangkitan di Myanmar lumpuhkan sistem kesihatan

Gelombang ketiga jangkitan COVID-19 di Myanmar telah melumpuhkan sistem kesihatan negara itu.
Manakala tempat membakar mayat semakin sesak dengan jumlah kematian yang semakin meningkat.

4. Kezaliman Israel, Gaza dibedil lagi oleh tentera Israel

Pesawat pesawat Israel melancarkan serangan udara ke atas dua sasaran di Semenanjung Gaza yang didakwa tapak pelancaran roket dan kompleks tentera milik Hamas Antara lain, tentera Israel mendakwa serangan udara itu sebagai membalas serangan belon membawa bahan bakar yang dilepaskan dari Gaza ke atas Israel.

5. Arab Saudi buka permohonan umrah bermula 9 Ogos

Arab Saudi akan mula menerima permintaan haji dan umrah dari luar negara untuk jemaah yang sudah divaksin mulai 9 Ogos, selepas lebih setahun tidak menerima jemaah dari luar negara kerana wabak COVID-19, lapor agensi berita negara SPA awal pagi Ahad.

6. Ikan jerung melompat dari permukaan laut

Seorang jurugambar berjaya merakamkan gambar seekor ikan jerung yang besar melompat keluar dari permukaan air laut di pantai Wales baru-baru ini.

7. COVID-19: China laksana proses disinfeksi besar-besaran

Ini mungkin kaedah yang masih asing dan belum pernah dipraktikkan di mana-mana negara ketika ini. Proses disinfeksi secara besar-besaran dilakukan di kota Zhengzhou, ibukota wilayah Henan di tengah China, susulan lonjakan kes jangkitan COVID-19 baru-baru ini.

8. Kebakaran liar, hutan-hutan terakhir Greece bertukar menjadi abu

Kebakaran buruk yang melanda beberapa hutan terakhir di Greece, menyebabkan hampir separuh daripadanya hanya tinggal abu Kebakaran itu juga telah merebak sehingga ke gunung Parnitha iaitu sebuah taman negara yang terletak di Utara Athens kesan gelombang panas yang terburuk yang pernah berlaku di negara itu.

9. Perhimpunan aman bantah pas vaksinasi

Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Paris pada Sabtu sebagai tanda protes terhadap peraturan baharu vaksin COVID-19 yang disifatkan sebagai melanggar hak asasi manusia Tunjuk perasaan tersebut diadakan dua hari selepas pihak berkuasa mengumumkan undang-undang baharu yang memerlukan pas vaksinasi di kebanyakan tempat.

10. Tokyo serahkan baton kepada Perancis selaku tuan rumah Olimpik 2024

Tokyo pada Ahad menyerahkan baton kepada Paris yang bakal menjadi tuan rumah dalam menganjurkan acara temasya Sukan Olimpik pada tahun 2024.