ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 11 Ogos 2021.

1. Sekurang-kurangnya enam polis cedera, enam penunjuk perasaan ditahan di Bangkok

Sekurang-kurangnya enam anggota polis cedera termasuk seorang ditembak di kaki selepas berlaku pertempuran antara penunjuk perasaan antikerajaan dan polis di Bangkok pada Selasa, berikutan satu perarakan kereta yang dianjurkan penunjuk perasaan.

2. Konflik Myanmar: PBB beri amaran 'perang saudara skala penuh' boleh tercetus

Wakil khas PBB ke Myanmar beri amaran negara itu berisiko terjerumus dalam perang saudara skala besar jika tiada usaha digerakkan untuk menamatkan konflik.

3. AS sumbang US$55 juta kepada Thailand bantu pelarian Myanmar, tangani COVID-19

Amerika Syarikat (AS) menyumbang US$55 juta kepada Thailand, dengan US$50 kebanyakannya diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan kepada lebih 700,000 pelarian dan mereka yang hilang tempat tinggal dari Myanmar.

4. Selepas Moderna, Singapura benar 'walk-in' di 26 pusat vaksinasi COVID-19 Pfizer-BioNTech

Tanpa perlu janji temu, bermula Selasa penduduk Singapura boleh mendapatkan suntikan masing-masing di 26 pusat vaksinasi yang menawarkan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech (Comirnaty).

5. 75 peratus populasi dewasa UK lengkap vaksinasi COVID-19

Pihak berkuasa kesihatan United Kingdom (UK) memaklumkan tiga per empat atau 75 peratus populasi dewasa di negara itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

6. Jerman bakal kenakan caj ujian COVID-19 kepada yang enggan terima vaksin

Tiada lagi ujian saringan COVID-19 percuma untuk golongan yang enggan menerima vaksin, kata Canselor Angela Merkel pada Selasa.

7. Gabenor New York, Andrew Cuomo letak jawatan selepas terpalit skandal gangguan seksual

Gabenor New York, Andrew Cuomo disahkan meletakkan jawatan selepas terpalit dengan dakwaan skandal gangguan seksual yang mencemarkan reputasinya.

8. Kebakaran hutan: Usaha pemadaman api di Greece, Bolivia dipergiat

Beberapa negara masih bergelut dengan isu kebakaran hutan berskala besar, antaranya termasuk Greece dan Bolivia.

9. Dua lagi bandar di Afghanistan jatuh ke tangan Taliban

Taliban menguasai dua wilayah di utara Afghanistan pada Selasa, sejak pertempuran terbaru meletus di negara Asia itu, lapor Xinhua, memetik media tempatan pada Rabu.

10. Biden sifatkan kelulusan pelan infrastruktur AS$1 trilion sebagai keputusan luar biasa

Dewan Senat Amerika Syarikat meluluskan pelan infrastruktur bernilai AS$1 trilion.