awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

75 peratus populasi dewasa UK lengkap vaksinasi COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2021
22:59 MYT
75 peratus populasi dewasa UK lengkap vaksinasi COVID-19
JAVID: Kita akan mencatatkan kejayaan terbaharu hari ini dengan mencapai 90 peratus populasi divaksinasi sekurang-kurangnya satu dos. -Gambar fail
Pihak berkuasa kesihatan United Kingdom (UK) memaklumkan tiga per empat atau 75 peratus populasi dewasa di negara itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka.
Menurut setiausaha kesihatannya Sajid Javid, perkembangan ini akan merintis jalan untuk kembali kepada kehidupan normal.
Data terbaharu setakat Selasa menunjukkan 39.7 juta rakyatnya sudah menerima dua dos suntikan vaksin dengan lebih 47 juta atau 89 peratus populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
"Kita akan mencatatkan kejayaan terbaharu hari ini dengan mencapai 90 peratus populasi divaksinasi sekurang-kurangnya satu dos.
"Hari ini kita sudah mencapai 75 peratus populasi dewasa menerima dua dos suntikan.
"Ini penting untuk meningkatkan perisai perlindungan melalui vaksin. Ia akan membantu kita keluar daripada pandemik ini dan kembali kepada kehidupan normal," kata Javid.
UK pada masa sama mencatatkan penurunan purata kes harian sejak beberapa minggu lepas.
Sejumlah 23,500 kes baharu dilaporkan pada Selasa.
Javid turut memaklumkan pihak berkuasa kini mempergiatkan persiapan vaksin penggalak kepada warga emas.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Britain
#vaksin
#warga emas
#Sajid Javid
#United Kingdom
#pandemik
#suntikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan