DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Ogos 2021.
Jepun memperluaskan perintah darurat di negara itu ketika Sukan Paralimpik Tokyo masih berlangsung sehingga 5 September ini Lapan lagi daerah dikenakan perintah darurat bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat di negara itu
Bank Dunia gantung bantuan ke Afghanistan
2.Bank Dunia pada Selasa menangguhkan pembayaran bantuan kepada Afghanistan selepas Taliban menguasai negara yang dilanda peperangan itu.
India meluluskan ujian klinikal lanjutan untuk vaksin COVID-19 menggunakan teknologi Mrna yang dibangunkan oleh Gennova Biopharmaceuticals. Vaksin tersebut merupakan vaksin jenis Mrna tempatan pertama dibangunakan di negara itu.
Kementerian Kesihatan Greece mengumumkan keperluan ujian saringan baharu dan beberapa sekatan yang akan dilaksanakan kepada mereka yang enggan menerima vaksin COVID-19. Ujian saringan secara berkala setiap minggu akan dilakukan terhadap pekerja yang tidak menerima suntikan vaksin.
New Zealand mencatatkan peningkatan kes COVID-19 tertinggi sejak April 2020. Rekod bersih sifar kes COVID-19 di negara Pasifik Selatan itu berakhir apabila varian Delta menular di Auckland yang merupakan bandar terbesar di New Zealand. Ia kini merebak ke ibu kota Wellington.
Antibodi Ilama kemungkinan besar akan memainkan peranan global dalam memerangi COVID-19. Ini sekiranya ujian klinikal dijalankan syarikat bioperubatan Belgium berjalan lancar seperti dijanjikan.
Barisan pemimpin kumpulan G7 mengulangi kebimbangan terhadap tarikh akhir pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan, seperti diumumkan Presidennya, Joe Biden. Majlis Eropah berpendapat, tarikh akhir 31 Ogos adalah tidak rasional memandangkan proses evakuasi masih berjalan.
Saham di pasaran New York ditutup tinggi dengan kelulusan FDA ke atas vaksin Pfizer dan ketiadaan pemangkin negatif tingkatkan selera risiko pelabur. Ini menjelang simposium Jackson Hole pada minggu ini.
Negara anggota Kumpulan Tujuh (G7) bersetuju dengan satu 'peta dasar' (road map) mengenai bagaimana untuk berunding dengan Taliban. Menurut Perdana Menteri Britain Boris Johnson, persetujuan itu dicapai selepas satu mesyuarat dengan pemimpin G7 yang lain.
Spencer Elden, bayi yang menghiasi gambar kulit album ‘Nevermind’ kumpulan terkenal Nirvana membuat tuntutan berjumlah RM630,000 daripada band rock tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami