DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 1 September 2021.
Bermula 1 September, kanak-kanak di negara itu kini hanya boleh bermain permainan dalam talian antara jam 8 hingga 9 malam pada Jumaat, hujung minggu dan cuti umum, menurut satu notis daripada pihak berkuasa.
Iktiraf kerajaan Afghanistan: Malaysia tidak akan tergesa-gesa - Saifuddin
2.Malaysia masih mengikuti rapat apa yang sedang dan akan berlaku lantaran perkembangan di negara itu begitu dinamik.
Pasukan petugas koronavirus White House menggesa keperluan sektor awam dan swasta meningkatkan kadar vaksinasi dalam menangani COVID-19. Koordinator Tindak Balas COVID-19 White House, Jeff Zients berkata, Presiden Joe Biden telah mengenakan syarat agar penjawat awam divaksin pada bulan lalu.
Malaysia perlu mengadakan rundingan bersama Taliban selepas kumpulan itu kini menguasai Afghanistan sepenuhnya. Menurut Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia bagi memastikan bahawa isu kemanusiaan di negara itu diberikan perhatian.
Ireland, yang merupakan salah satu negara Eropah yang paling lama mengenakan sekatan pergerakan akibat COVID-19, akan memansuhkan hampir kesemua larangan sekatan akibat pandemik pada Oktober.
Kekurangan minyak atau bahan bakar melambatkan aliran perniagaan dan mengakibatkan kehilangan tanaman bagi golongan petani di Syria. Justeru itu, golongan berkenaan menggunakan tenaga solar bagi membolehkan operasi ladang mereka lebih lancar tanpa bergantung kepada bahan bakar.
Berdasarkan laporan State of the World's Trees, 17,500 spesies pokok, iaitu kira-kira 30 peratus keseluruhannya sedang dalam risiko kepupusan, manakala 440 spesies lain hanya tinggal kurang daripada 50 setiap satu di habitat semula jadi.
Varian koronavirus baharu yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada bulan Mei setakat ini tidak tersebar. Perkara itu disahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sambil menambah langkah pemantauan sedang diambil untuk melihat perkembangan virus COVID-19 yang bermutasi.
Sekumpulan penyelidik dari Brazil mendapati molekul dalam bisa sejenis ular berbisa (Brazilian Viper) yang dipercayai mampu menyekat pembiakan koronavirus dalam sel monyet. Ia dilihat sebagai langkah awal dalam penghasilan ubat untuk mengekang virus yang menjadi punca COVID-19.
Seramai 32 orang terbunuh termasuk dua kanak-kanak dan lebih 20 lagi cedera apabila sebuah bas terbabas ke dalam gaung di Peru awal semalam, kata seorang pegawai polis. Kejadian itu berlaku di sebatang jalan raya di Carretera kita-kira 60 kilometer ke timur Lima.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami