DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 7 September 2021.
Puluhan ahli keluarga mangsa tragedi nahas pesawat MH17 memberi keterangan pada perbicaraan empat suspek yang didakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Waris MH17 dakwa Rusia berbohong
2. Van Der Steen menuduh Rusia berbohong mengenai dakwaan peranannya dalam insiden nahas pesawat berkenaan dalam keterangan yang diberikan semasa perbicaraan empat suspek.
Angka korban akibat gempa bumi di Haiti meningkat kepada 2,248 manakala 329 lagi masih hilang, menurut kenyataan Agensi Perlindungan Awam pada Isnin, sebaik menyelesaikan operasi mencari dan menyelamat.
Cuba menjadi negara pertama di dunia memberi vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berusia dua tahun.
Pihak Berkuasa Kesihatan Chile meluluskan penggunaan vaksin Sinovac buat kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas.
Susulan kejayaan "Phuket Sandbox" dan "Samui Plus", Thailand merancang membuka kembali lebih banyak destinasi pelancongan popularnya mulai bulan depan bagi menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
7. Sengaja langgar kuarantin, sebar COVID-19 kepada orang lain, lelaki di Vietnam dipenjara lima tahun
Pihak berkuasa di Vietnam menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke atas seorang lelaki kerana melanggar peraturan kuarantin ketat dan menyebarkan COVID-19 kepada orang lain.
Tentera rejim Israel melancarkan serangan udara ke atas Tebing Gaza pada Isnin, yang didakwa menyasarkan sebuah bengkel pembuatan roket milik Hamas.
TALIBAN pada Selasa mengumumkan Kabinet baharu bagi membentuk kerajaan sementara di Afghanistan.
El Salvador pada Selasa menjadi negara pertama di dunia yang menerima penggunaan matawang kripto (bitcoin) sebagai sah diperlakukan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami