ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 25 September 2021.

1. UNGA: PBB perlu senada tamatkan keganasan dunia - Perdana Menteri

Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu senada dalam usaha menghentikan keganasan di seluruh pelusuk dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

2. UNGA: PBB perlu beradaptasi, perkukuh kepercayaan antarabangsa - Perdana Menteri

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlukan pembaharuan untuk mengukuhkan lagi keberkesanannya selepas melalui perubahan ketara sejak badan dunia itu wujud 75 tahun lalu.

3. UNGA: 'Keluarga Dunia' bantu tangani krisis kesihatan, ekonomi - Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menekankan konsep 'Keluarga Dunia' dalam mengurus, menangani dan memulihkan keadaan semasa daripada pandemik COVID-19 di peringkat global.

4. UNGA-76: Bahan bakar fosil akan jadi 'aset terbiar' - PBB

PERTUBUHAN Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berpendapat tiada alasan kukuh untuk negara atau pelabur membelanjakan wang bagi penerokaan atau infrastruktur bahan bakar fosil kerana ia bakal menjadi aset terbiar (stranded assets) tidak lama lagi.

5. Malaysia perlu lihat kerajaan Taliban daripada sudut pandangan baharu - Bekas Duta Khas

Malaysia perlu lihat kerajaan Taliban di Kabul daripada sudut pandangan baharu dan tidak lagi perlu pesimistik akan masa depan Afghanistan, kata mantan duta khas ke Afghanistan Datuk Seri Zainal Abidin Mahamad Zain.

6. 5 perkara tentang Karahantepe, wajah terbaharu warisan arkeologi

Turki, sekali lagi berada di bawah lampu sorot dunia dengan penemuan tapak arkeologi manusia Zaman Batu Baharu atau Neolitik iaitu Karahantepe.

7. Rumah yang menjadi inspirasi filem 'The Conjuring' dijual pada harga AS$1.2 juta

Sebuah rumah ladang yang dikatakan berhantu di Rhode Island, Amerika Syarikat (AS), dengan kisah kejadian seramnya menjadi inspirasi pembikinan filem The Conjuring pada tahun 2013, sudah memasuki pasaran jualan hartanah pada Khamis, lapor AP.

8. Suspek tembakan rambang pasar raya Kroger dikenal pasti

Suspek yang melepaskan tembakan rambang di sebuah pasar raya Tennessee pada Khamis dikenal pasti sebagai Uk Thang, seorang pembekal ke premis tersebut.

9.  Thailand percepat vaksinasi untuk guru, pelajar

Thailand akan mempercepat pemberian suntikan vaksin COVID-19 terhadap guru serta pelajar sekolah menengah dan vokasional selaras dengan usaha kerajaan untuk membuka semula institusi pendidikan pada November.

10. Petugas kemanusiaan GPM tiba di Kabul, Afghanistan

KUMPULAN pertama petugas kemanusiaan Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah selamat tiba di Kabul, Afghanistan lewat petang Jumaat.