ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Oktober 2021.
1. Siasatan Rasuah | Ketua Menteri New South Wales letak jawatan
Gladys Berejiklian meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri New South Wales, Australia, selepas beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ICAC). Suruhanjaya tersebut sedang menyiasat kes membabitkan Berejiklian dan bekas pasangannya, yang juga seorang bekas Ahli Parlimen.
2. Kapasiti jemaah umrah dinaikkan kepada 100,000 sehari bermula hari ini
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kapasiti harian bagi jemaah umrah dinaikkan kepada 100,000 bermula hari ini. Bilangan jemaah solat fardhu turut dinaikkan kepada 60,000 orang.
3. Warga emas wakili 22 peratus populasi dunia menjelang 2050
Peratusan populasi warga emas di dunia dijangka meningkat dua kali ganda sehingga 1.5 bilion adalah terdiri mereka berusia lebih 65 tahun menjelang 2050, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
4. Mdm Ling Bakery mohon maaf, 23 individu di Singapura keracunan makanan dek kuih bulan dari Malaysia
Kementerian Kesihatan Singapura dan Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat mengesahkan 23 individu telah mengalami simptom gastroenteritis selepas mereka menikmati kuih bulan snowskin berperisa durian dari Mdm Ling Bakery.
5. Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Bintang pop Shakira mendedahkan dirinya menjadi mangsa serangan mendadak sepasang bai hutan ketika dia berjalan di sebuah taman di Barcelona, Sepanyol bersama anaknya yang berusia 8 tahun.
6. Penumpang cemas bas dirempuh gajah
Seekor gajah merempuh sebuah bas sehingga menyebabkan kerosakan pada cermin hadapan kenderaan itu. Ketika kejadian di Nilgiris, India minggu lalu, bas berkenaan sedang membawa sebilangan pekerja awam dari Kotagiri ke Mettpalayam
7. Biden tandatangani RUU dana jangka pendek elak penutupan kerajaan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Khamis menandatangani rang undang-undang (RUU) dana jangka pendek selepas mendapat kelulusan Kongres, bagi mengelak penutupan kerajaan yang dijangka bermula pada tengah malam.
8. Kes COVID-19 menurun, Jepun tarik balik perintah darurat
Perintah darurat COVID-19 di Jepun ditarik balik sepenuhnya pada Jumaat buat pertama kali sejak April.
Sehubungan itu darurat yang dikenakan di bandar raya Tokyo dan 18 wilayah lain turut ditarik balik berikutan penurunan berterusan kes baharu di seluruh negara.
9. Puluhan ribu etnik Rohingya berarak ketika pengebumian pemimpin tinggi
Puluhan ribu pelarian Rohingya berkumpul di Kutupalong pada Khamis bagi menyertai perarakan pengebumian seorang pemimpin Rohingya yang terbunuh pada Rabu.
10. Gunung Mont Blanc semakin rendah
Gunung Mont Blanc kini menjadi semakin rendah akibat perubahan iklim yang berlaku di seluruh dunia.
Ia yang terletak antara sempadan Perancis dan Itali mempunyai ketinggian 4,807.80 meter (m) pada pertengahan September lalu.
Astro Awani
Fri Oct 01 2021
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria