ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 2 November 2021.
1. Jepun kurangkan kuarantin kepada pengembara perniagaan
Kerajaan Jepun merancang mengurangkan tempoh kuarantin kepada tiga hari berbanding 10 hari sebelum ini untuk pengembara yang sudah disuntik vaksin COVID-19, terutamanya pengembara perniagaan, lapor media tempatan Selasa.
2. Serangan kereta api Jepun: Suspek mengaku tiru watak Joker, cetus huru-hara
Suspek dalam insiden serangan kereta api ekspres di Tokyo, Kyota hattori mengaku meniru watak "Joker", penjahat dalam siri buku komik dan musuh Batman, dalam kejadian pada malam halloween.
3. Enam maut bangunan 21 tingkat runtuh di Nigeria
Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh selepas bangunan 21 tingkat yang dalam pembinaan runtuh Isnin petang di bandar Lagos, hab ekonomi Nigeria, menurut seorang pegawai pengurusan kecemasan.
4. Gempa 5.9 magnitud gegar Sumatera - USGS
SATU gempa bumi kuat 5.9 pada skala Richter dikesan melanda pantai kepulauan Sumatera, Indonesia pada pagi Selasa.
5. Pesawat elektrik pertama rentasi Selat Cook
Juruterbang dan pengasas ElectricAir, Gary Freedman, mencipta sejarah apabila berjaya menerbangkan pesawat elektriknya merentasi Selat Cook di New Zealand pada Isnin.
6. Vaksin COVID-19: 15 juta dos untuk kanak-kanak 5-11 tahun di AS
Amerika Syarikat akan memberikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun mulai minggu ini.
7. 6.94 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar di seluruh dunia
Jumlah dos vaksin COVID-19 yang sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini menghampiri angka 7 bilion.
8. COP26: Kebimbangan cuaca dunia ditekan
Sidang kemuncak perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), COP26, yang membuka tirai secara rasmi pada Ahad di Glasgow, Scotland menekankan isu besar menjadikan penyelesaian perubahan iklim dunia sebagai agenda utama.
9. Sidang Kemuncak G20: Berakhir dengan beberapa deklarasi dipersetujui
Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang berlangsung dalam suasana pandemik COVID-19 berakhir semalam dengan meluluskan beberapa deklarasi.
10. Sidang Kemuncak G20: Penganjuran capai matlamat - PM Itali
Perdana Menteri Itali, Mario Draghi sifatkan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) sangat berjaya walaupun diadakan semasa pandemik COVID-19.
Astro Awani
Tue Nov 02 2021
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
DAVOS Agenda 2022: Ke arah India yang 'hijau, bersih, lestari dan boleh dipercayai' - Modi
Walaupun India dihuni 17 peratus penduduk dunia, namun negara itu hanya menyumbang sekitar 5 peratus pelepasan global.
Pembangkang persoal 'keikhlasan' kerajaan laksana komitmen COP26
Bee Yin dan Kian Ming gesa kerajaan segera meluluskan Akta Perubahan Iklim sebagai bukti melaksanakan komitmen yang dibuat di Glasgow.
COP26 labuh tirai dengan perjanjian iklim baharu
Presiden COP26 Alok Sharma menahan sebak dan meminta maaf ketika menyampaikan ucapan penutup.
India kritik draf perjanjian COP26, sifatkannya tidak seimbang
Katanya, negara membangun berhak menggunakan baki 'belanjawan karbon' global sebelum pemanasan melepasi 1.5 darjah Celsius.
COP26: Perjanjian iklim dicapai satu langkah besar - Boris Johnson
Beliau berharap ia akan menandakan permulaan kepada berakhirnya perubahan iklim dunia.
COP26: Campur tangan kerajaan penting tangani isu perubahan iklim - Zeti
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menyokong terminologi 'nvisible hand' diutarakan Adam Smith.
Ucapan Tuan Ibrahim buka lembaran baharu bahasa Melayu
Awang Sariyan berkata, amalan tersebut sewajarnya turut dilaksanakan oleh pemimpin negara yang lain.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tuan Ibrahim berbahasa Melayu di Scotland
Kemunculan Tuan Ibrahim itu sekali gus menutup mulut banyak pihak yang membidasnya kerana tidak hadir ke acara berkenaan.
COP26: Malaysia sokong Ikrar Metana Global, sasar pelepasan GHG sifar pada 2050 - Tuan Ibrahim
Malaysia bersetuju untuk menyokong ikrar Global Metana dan Deklarasi Pemimpin di Glasgow mengenai Hutan dan Guna Tanah.