Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 7, 2021 15:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 November 2021.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 November 2021.
1. Ribuan ratapi kematian Marilia Mendonca, bintang pop Brazil maut dalam nahas pesawat
Puluhan ribu peminat berkumpul pada hari Sabtu untuk memberi penghormatan kepada Marilia Mendonca, salah seorang penyanyi paling popular di Brazil yang maut dalam nahas kapal terbang pada usia 26 tahun.
2. Tandas kapsul SpaceX rosak, angkasawan terpaksa pakai 'lampin'
Sekumpulan angkasawan yang akan meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Ahad terpaksa memakai 'lampin' sepanjang perjalanan ke Bumi kerana tandas dalam kapsul yang dinaiki mengalami kerosakan.
3. Lelaki bogel tersepit dalam dinding berjaya diselamatkan
SEORANG lelaki berjaya diselamatkan selepas tersepit dalam ruang antara dinding sebuah teater di New York, Amerika Syarikat.
4. Lelaki OKU tidak dibenar menaiki pesawat kerana kerusi roda terlalu berat
SEORANG lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) tidak dibenarkan menaiki pesawat atas alasan kerusi rodanya terlalu berat.
5. Tidak cukup diancam isu perubahan iklim, populasi koala kini dijangkiti penyakit kelamin
POPULASI koala kini berdepan ancaman pembunuh senyap, sekali gus berupaya melenyapkan kewujudan haiwan marsupial tersebut di kebanyakan kawasan di Australia, lapor CNN.
6. PM Iraq Al-Khadimi terselamat dalam serangan dron
Perdana Menteri Iraq Mustafa al-Kadhimi terselamat daripada cubaan membunuhnya selepas kediaman rasminya menjadi sasaran serangan dron pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua.
7. 'Janji di Paris perlu dikotakan di Glasgow' - Presiden COP26
Presiden COP26, Alok Sharma akui banyak perkembangan positif dicatatkan dalam minggu pertama sidang di Glasgow.
8. 15 maut nahas beberapa kenderaan di Mexico
Sekurang-kurangnya 15 orang maut dalam nahas membabitkan beberapa kenderaan di Mexico City, Mexico.
9. COVID-19: Greece kenakan sekatan lebih ketat terhadap golongan antivaksin
KERAJAAN Greece mengenakan sekatan yang lebih ketat terhadap mereka yang enggan menerima vaksin bermula Sabtu.
10. Lelaki ditahan lakukan serangan pisau dalam kereta api Jerman
Seorang lelaki ditahan selepas melakukan serangan pisau dalam kereta api laju di Bravia pada Sabtu, kata polis.
#berita antarabangsa #Astro Awani #berita pilihan #COVID-19