ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 24 November 2021.

1. Muzik kuat dari pesta kahwin jadi punca 63 ekor ayam mati akibat serangan jantung

Pesta perkahwinan tradisional India yang turut menampilkan persembahan bunga api, tarian dan pancaragam itu juga didakwa telah menakutkan ayam-ayam berkenaan.

2. Vaksin COVID-19 Bangavax Bangladesh dapat kelulusan ujian terhadap manusia

Bangavax, vaksin yang dibangunkan syarikat farmaseutikal tempatan Globe Biotech mendapat kelulusan daripada Majlis Penyelidikan Perubatan Bangladesh (BMRC) pada Selasa. 

3. Shah Rukh Khan dinasihat saman Biro Kawalan Narkotik susulan tiada bukti anaknya terlibat dalam dadah

Superstar Bollywood itu telah dinasihatkan oleh pasukan peguamnnya untuk menyaman Pengarah NCB, Sameer Wankhede yang mengetuai kes dadah sehingga menuduh Aryan Khan tanpa ada bukti yang kukuh.

4. Wanita Filipina dipercayai paling tua di dunia meninggal dunia

Francisca Susano dilahirkan pada abad ke-19 meninggal dunia di rumahnya dan punca sebenar kematiannya masih tidak diketahui.

5. COVID-19: Perancis rekod lebih 30,000 kes baharu

Perancis merekodkan lebih 30,000 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, yang pertama sejak Ogos lalu. Kadar jangkitan tinggi ini dilaporkan di sebalik peraturan baharu berkaitan penjarakan fizikal dilaksanakan.

6. COVID-19: EU putuskan penggunaan pil Merck beberapa minggu lagi

Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) memulakan proses penelitian pil antivirus COVID-19 untuk golongan dewasa daripada pengeluar ubat Amerika Syarikat Merck.

7. Rumah meletup, dua termasuk kanak-kanak maut

Seorang wanita berusia 55 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan empat tahun terkorban dalam satu letupan dan kebakaran yang memusnahkan tiga buah rumah di Michigan, Amerika Syarikat pada Selasa.

8. COVID-19: Lesen global ujian antibodi percuma kepada negara membangun - WHO

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa, ini adalah perjanjian pertama seumpamanya untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran.

9. COVID-19: Kematian di Eropah boleh cecah 2.2 juta menjelang Mac - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran 700,000 lagi kematian dijangka direkodkan di Eropah akibat COVID-19 menjelang Mac, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut kini mencecah 2.2 juta.

10. Harga petrol AS turun selepas pelepasan rizab strategik - Biden

Presiden Joe Biden mengarahkan pelepasan 50 juta tong minyak dari rizab strategik Amerika. Langkah ini sebahagian tindakan penyelarasan dengan negara pengguna utama lain termasuk India, United Kingdom dan China, bagi membantu mengurangkan kos tenaga.