ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 8 Disember 2021.

1. Helikopter bawa Panglima Tentera India terhempas

Sebuah helikopter tentera India dilapor terhempas di daerah Nilgris dekat Tamil Nadu, India sekitar jam 12.20 tengah hari waktu tempatan.

2. Lelaki Arab Saudi ditahan disyaki bunuh Jamal Khashoggi

Seorang lelaki warga Arab Saudi, yang disyaki terlibat dengan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi, ditahan di Perancis.

3. 38 banduan maut kebakaran di penjara Burundi

Sekurang-kurangnya 38 banduan terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam kebakaran di penjara utama di ibu negara Burundi, Gitega.

4. COVID-19: Kes melibatkan golongan berusia 5-14 tahun tertinggi di Eropah

Kadar jangkitan koronavirus dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 14 tahun kini adalah yang tertinggi di Eropah.

5. Varian Omicron: Cepat merebak tapi kurang bahaya - Fauci

Bukti awal menunjukkan varian Omicron COVID-19 mungkin mempunyai tahap kebolehjangkitan lebih tinggi namun kurang berbahaya.

6. Rundingan nuklear dijangka disambung semula pada Khamis

Rundingan bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015 dijangka disambung semula pada Khamis.

8. Palestin sambut baik tindakan antarabangsa bantah pembinaan petempatan baharu Israel

Palestin pada Selasa menyambut baik tindakan masyarakat antarabangsa yang membantah pembinaan 9,000 unit kediaman oleh rejim Israel di Baitulmaqdis Timur, lapor agensi berita Xinhua.

9. Kes Aung San Suu Kyi: Tiada siapa boleh atasi undang-undang - Junta Myanmar

Hukuman penjara ke atas bekas pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, 76, membuktikan tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang.

10. Letusan Gunung Semeru: Kerajaan, rakyat Malaysia rakam ucapan takziah

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat republik itu susulan tragedi letusan Gunung Semeru, di daerah Lumajang, Wilayah Jawa Timur, Sabtu lalu.