Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 23, 2021 15:54 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Disember 2021.
1. Seorang maut, lebih 70 masih hilang tanah runtuh di lombong jed
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 70 individu hilang susulan kejadian tanah runtuh di sebuah lombong jed di utara Myanmar pada Rabu.
2. Pergolakan paksa 4,000 penduduk Myanmar lari ke Thailand
Lebig 4,000 penduduk yang menduduki kawasan sempadan Mae Sot, Myanmar telah melarikan diri ke Thailand susulan pergolakan yang berlaku antara tentera junta dengan etnik Karen.
3. Dua maut pesawat ringan bertembung paraglider di Texas
Dua individu maut selepas sebuah pesawat ringan bertembung dengan paraglider ketika di udara dalam kejadian yang berlaku berhampiran Houston, Texas, Amerika Syarikat, pada Rabu.
4. Hanya dalam beberapa hari India uji lagi peluru berpandu
India pada Rabu melancarkan ujian peluru berpandu baharu yang mampu mengenai sasaran sehingga 500 kilometer (km).
5. Thailand kesan 104 kes varian Omicron
Thailand sehingga kini sudah mengesan sebanyak 104 kes Omicron ketika negara ini mengenakan semula kuarantin wajib antara tujuh hingga 10 hari kepada pelancong di bawah "Phuket Sandbox" bermula Rabu, dalam usaha mengekang penularan varian itu.
6. Kanak-kanak cuba rompak remaja ditahan polis
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditembak dipercayai selepas mencuba merompak seorang remaja berusia 17 tahun dengan senjata api.
7. COVID-19: Perancis mungkin kembali laksana kaedah WFH
Menteri Sumber Manusia Perancis Elisabeth Borne menggesa syarikat-syarikat di negara itu melaksanakan kaedah bekerja dari rumah (WFH) bermula tahun hadapan.
8. Perbicaraan MH17: Pendakwa Raya mohon pesalah dipenjara seumur hidup
Salah seorang pendakwa raya yang terlibat dalam perbicaraan kes tembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 memohon semua pesalah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
9. Piala Liga: Chelsea, Tottenham, Liverpool mara
Chelsea yang menampilkan beberapa produk akademi The Blues menewaskan Brentford 2-0 di Stadium Komuniti Brentford untuk mara ke separuh akhir Piala Liga.
10. Skandal perceraian, kerjaya Leehom di China dikatakan sudah berakhir
Bintang terkenal Asia, Wang Leehom, yang terlibat dalam skandal perceraian dengan bekas isterinya, Lee Jinglei, mungkin telah memohon maaf tetapi kerjayanya di China dikatakan sudah berakhir.
#lombong #Myanmar #Thailand #Texas #India #Omicron #Perancis #MH17 #Chelsea #Tottenham #Liverpool #China