awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut pesawat ringan bertembung paraglider di Texas

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2021
23:18 MYT
Dua maut pesawat ringan bertembung paraglider di Texas
Keadaan pesawat yang jatuh selepas bertembung dengan bertembung dengan paraglider berhampiran Houston, Texas, Amerika Syarikat, pada Rabu. - Foto Twitter @TxDPSSoutheast
DUA individu maut selepas sebuah pesawat ringan bertembung dengan paraglider ketika di udara dalam kejadian yang berlaku berhampiran Houston, Texas, Amerika Syarikat, pada Rabu.
Pesawat yang menggunakan enjin tunggal Cessna 208 dilaporkan berlepas di Lapangan Terbang Bush Intercontinental di Houston sebelum merempuh individu yang sedang melakukan aktiviti paragliding kira-kira pukul 9.40 pagi.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mengesahkan ia berlaku di Fulshear, Houston.
Individu yang sedang melakukan aktiviti paraglider itu jatuh di kawasan lapang sebuah rumah, manakala pesawat terlibat jatuh tidak jauh dari kawasan itu.
Pesawat dikatakan dalam perjalanan menuju ke Victoria, Texas.
Topic Berkaitan
#Nahas
#pesawat ringan
#paraglider
#maut
#Texas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan