ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Januari 2022.
1. Lima maut ditembak askar di kilang tentera di Ukraine
Seorang askar Pengawal Negara Ukraine menembak beberapa pengawal keselamatan di sebuah kilang tentera di Ukraine pada awal Khamis.
2. Isu Ukraine: Bulgaria bertegas mahu penyelesaian diplomatik
Perdana Menteri Bulgaria Kiril Petkov bertegas untuk adakan penyelesaian diplomatik bagi meredakan ketegangan di Ukraine.
3. Konflik Pemisah: Rusia dakwa perjanjian Minsk jadi penghalang
Wakil Kremlin, Dmitry Kozak berkata pada Rabu, tafsiran yang berbeza-beza mengenai perjanjian damai Minsk 2015 menjadi batu penghalang utama dalam perbincangan mengenai konflik pemisah di Ukraine.
4. Konflik Afghanistan: Benarkan transaksi untuk kerja kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyeru agar negara-negara membenarkan semua transaksi yang diperlukan bagi kerja-kerja bantuan kemanusiaan di negara itu dapat dilakukan.
5. Denmark tarik balik sekatan COVID mulai 1 Feb
Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen mengumumkan pada Rabu bahawa kebanyakan sekatan untuk memerangi COVID-19 di negara itu akan ditarik balik mulai 1 Feb.
6. COVID-19: Kes positif global 361 juta, angka korban 5.62 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 361 juta.
7. Putera Andrew minta dibicarakan oleh juri kes penderaan seksual
Putera Andrew minta perbicaraan oleh juri bagi membersihkan namanya daripada dakwaan penderaan seksual, berdasarkan satu dokumen undang-undang, lapor Agensi Anadolu memetik laporan media British pada Rabu.
8. Saya tidak akan letak jawatan - Boris Johnson
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berkeras tidak akan melepaskan jawatan meskipun berdepan tekanan dari pelbagai pihak termasuk pembangkang ketika ini.
9. Malaysia ulangi komitmen terus bersama WHO dalam pembiayaan mampan perkhidmatan
Malaysia mengulangi pendirian untuk terus komited bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam pembiayaan mampan bagi memastikan pertubuhan itu terus menjadi tunjang utama di peringkat global dalam aspek kesihatan.
10. Saintis Australia mengesan objek berputar 'menyeramkan' di Bima Sakti
Sekumpulan saintis Australia mendakwa mereka menemui satu objek berputar di galaksi Bima Sakti, yang tidak pernah dilihat atau direkodkan sebelum ini.
Astro Awani
Thu Jan 27 2022

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Suruhanjaya Sekuriti tambah 3 lagi entiti ke dalam senarai amaran pelabur
Senarai Makluman Pelabur mengandungi senarai tapak web yang tidak dibenarkan, produk pelaburan, syarikat dan individu.

Polis siasat dakwaan pengadu berpakaian cosplay 'disekolahkan' ketika buat laporan
Siasatan tatatertib telah dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), IPD Petaling Jaya.

Petronas Chemicals beli firma Sweden Perstorp bernilai RM10.5 bilion
Pembelian itu meletakkan Perstorp Group pada nilai perusahaan sebanyak 2.30 bilion euro atau RM10.5 bilion.

Politik Dunia | Orbán angkat sumpah PM Hungary untuk penggal ke-5
Veteran politik Viktor Orbán semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Hungary buat kali kelima. Dalam ucapannya, Orbán memberi amaran bahawa masa sukar menanti Hungary, merujuk kepada isu ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan kesan konflik Rusia-Ukraine.

Politik Lubnan | PPB syor Lubnan kerajaan inklusif
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Lubnan mewujudkan kerajaan inklusif bagi menangani krisis ekonomi negara itu. Guterres membuat cadangan tersebut sebaik saja negara itu selesai mengadakan pilihan raya pada hujung minggu lalu.

COVID-19 | PBB tawar sokongan kepada Korea Utara
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan amaran pada Selasa mengenai wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Korea Utara. Memburukkan keadaan, penduduknya yang tidak divaksin akan mendedahkan mereka kepada komplikasi teruk.

COVID-19 | AS tingkat penggunaan Paxlovid sehingga 315 peratus
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mendedahkan, penggunaan ubat antiviral COVID-19 Pfizer, Paxlovid telah melonjak 315 peratus sejak empat minggu lalu. Hampir 115,000 pil telah dikeluarkan pada minggu pertama Mei.

COVID-19 | Indonesia gugur mandat pelitup muka
Indonesia bakal menggugurkan syarat bagi orang ramai memakai pelitup muka di luar rumah dan pengembara yang diberi vaksin menunjukkan ujian pra-berlepas negative. Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 1,469 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,623 kes, daripada 4.47 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Inflasi: Pastikan pengeluaran barangan tempatan mampu penuhi permintaan
Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Mei 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Mei 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Mei 2022.