Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 8, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 Februari 2022.
1. Arahan pemakaian pelitup muka di California tamat 15 Februari
Gabenor Gavin Newsom juga menggalakkan warga California untuk mendapatkan vaksin dan meningkatkan daya tahan terhadap COVID-19.
2. Tentera Udara AS diarah bayar AS$230 juta kepada mangsa kes tembakan di gereja Texas pada 2017
26 orang terbunuh dan 22 cedera apabila Devin Patrick Kelley melepaskan tembakan semasa satu upacara keagamaan di First Baptist Church of Sutherland Springs.
3. Kempen pilihan raya bermula di Filipina di tengah pandemik
Kempen pilihan raya presiden di Filipina secara rasmi bermula pada Selasa, tiga bulan sebelum pengundian dijadualkan berlangsung pada 9 Mei bagi memilih pemimpin baharu yang akan menerajui negara Asia Tenggara itu untuk tempoh enam tahun akan datang.
4. Pelitup muka: Sekolah bebas pinda peraturan, tetapi perlu patuh CDC
Pihak sekolah di Amerika Syarikat diingatkan supaya mematuhi garis panduan kesihatan awam berhubung pemakaian pelitup muka di premis mereka.
5. New Jersey mansuh keperluan pakai pelitup muka di sekolah
Gabenor Demokrat Phil Murphy membuat pengumuman berkenaan pada Isnin di mana pemakaian pelitup muka di sekolah diumumkan berakhir pada 7 Mac.
6. Taufan Batsirai: 20 maut, 55,000 hilang tempat tinggal di Madagascar
Kejadian angin dan hujan lebat yang melanda pantai timur pulau itu pada Ahad dilaporkan semakin lemah dan kini bergerak ke barat daya.
7. COVID-19: Kes positif global 396 juta, angka korban 5.74 juta
Ini berikutan lebih dua juta kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan bilangan kes COVID-19 global kini mencecah 396,789,120.
8. COVID-19 | Kehidupan di Denmark kembali seperti biasa
Kehidupan di Denmark tidak lagi sama seperti beberapa negara di Eropah malah di serata dunia yang masih mengenakan sekatan COVID-19. Di Copenhagen, waktu malam tidak lagi sunyi sepi selepas restoran, bar dan aktiviti live band kembali beroperasi seperti biasa.
9. COVID-19 | Angka korban global lebih 5.74 juta kes
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.74 juta. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 902,000 kes.
10. Pencipta AstraZeneca, GAVI terima Hadiah Keamanan Sunhak 2022
Saintis yang menjadi tulang belakang kepada penciptaan vaksin COVID-19, AstraZeneca, Profesor Sarah Gilbert dan organisasi kesihatan, Pakatan Vaksin Global (GAVI) diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Sunhak 2022.
#GAVI #AstraZeneca #Taufan Batsirai #Denmark #Filipina #COVID-19 #pelitup muka #vaksin