MANILA: Kempen pilihan raya presiden di Filipina secara rasmi bermula pada Selasa, tiga bulan sebelum pengundian dijadualkan berlangsung pada 9 Mei bagi memilih pemimpin baharu yang akan menerajui negara Asia Tenggara itu untuk tempoh enam tahun akan datang, lapor Xinhua.
Sekurang-kurangnya 67.5 juta rakyatnya telah daftar untuk mengundi, termasuk 1.8 juta pengundi dari luar negara.
Mereka juga akan memilih naib presiden, kira-kira 300 ahli perwakilan, dan lebih 18,000 wakil dalam kerajaan tempatan.
Sebanyak 10 calon presiden dan sembilan calon naib presiden telah dicalonkan.
Berdasarkan tinjauan, Ferdinand Marcos Jr., 64, anak lelaki kepada bekas Presiden Ferdinand Marcos, dilihat mendahului dalam saingan presiden.
Ia diikuti rapat Naib Presiden Maria Leonor Robredo berusia 56 tahun, Datuk Bandar Manila Francisco Domagoso, Senator Manny Pacquiao, Senator Panfilo Lacson, dan lima yang lain.
Di Filipina, presiden dan naib presiden dipilih secara berasingan.
Datuk Bandar Davao City Sara Duterte-Carpio, 43, anak perempuan kepada Presiden Rodrigo Duterte, akan bertanding jawatan naib presiden.
Sementara itu, Duterte dengan tempoh perkhidmatannya yang akan tamat pada Jun ini, masih belum menyatakan sokongan kepada mana-mana calon presiden.
Seperti dalam pilihan raya lalu, beberapa calon sudah mula berkempen di televisyen, media sosial dan radio, meskipun sebelum kempen bermula.
Seawal Oktober, calon presiden mula merentasi kepulauan menyampaikan hadiah dan wang tunai, melancarkan promosi di TV dan program pengiklanan di media sosial.
Nama dan gambar calon terpampang di papan iklan gergasi sepanjang lebuh raya utama.
Tidak seperti dahulu, calon-calon tidak lagi dibenarkan berkempen di bandar dan pekan, mendendangkan lagu cinta, memeluk bayi, dan menari di atas pentas bagi meraih undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengenakan sekatan bagi membendung penularan COVID-19, menghalang ahli politik berkempen rumah ke rumah, berkumpul, berjabat tangan, berpelukan, mencium, atau sebarang aktiviti yang melibatkan sentuhan fizikal.
Mengambil swafoto dan bergambar, aktiviti yang memerlukan penglibatan orang ramai, serta pengedaran makanan dan minuman adalah dilarang.
Dengan ancaman COVID-19, calon dijangka lebih menonjol dalam platform digital dan mengupah penasihat media sosial bagi memancing undi belia, dan bilangan golongan itu lebih separuh daripada jumlah pengundi berdaftar.
Sementara itu, kemuncak retorik kempen dan penyebaran skandal juga dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari akan datang berikutan kempen pilihan raya telah bermula.
--BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
Datuk Bandar Manila Isko Moreno bertemu penyokongnya dari sebuah kenderaan khas yang berarak di sekitar jalanan ibu negara. - AP
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.
Lebih 295,000 keluarga di Filipina terjejas akibat tiga taufan kuat
Tiga taufan tropika yang melanda Filipina beberapa minggu berturut-turut menjejaskan sejumlah 295,576 keluarga.
Malaysia tiada keperluan keluarkan peta baharu - Mohamed Khaled
Malaysia tidak mempunyai keperluan untuk mengeluarkan peta baharu sempadan maritim dan akan terus mempertahankan kawasan perairan demi kedaulatan negara.