awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
Pesawat Tentera Laut Mexico terhempas di Texas, lima maut, seorang hilang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2022
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Februari 2022.
1. Krisis Rusia-Ukraine: Sembilan rakyat Malaysia terkandas bakal tiba di KL esok
Sembilan rakyat Malaysia bersama dua tanggungan mereka yang sebelum ini terkandas di Kiev, ibu negara Ukraine dijangka tiba di Kuala Lumpur, esok.
2. Singapura umum kawalan eksport, sekatan ke atas bank Rusia
Singapura bertindak di luar kebiasaan negara ASEAN dengan mengenakan kawalan dan sekatan ke atas Rusia berikutan serangan ke atas Ukraine.
3. Krisis Rusia-Ukraine | Kanak-kanak perempuan 6 tahun jadi mangsa
Sebuah hospital di bandar pelabuhan Mariupol, Ukraine kecoh apabila sebuah ambulans tiba dengan membawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun.
4. Jangan cabar Rusia jika tidak mahu Perang Dunia Ketiga tercetus - Presiden Belarus
Presiden Belarus, Alexander Lukashenko memberi amaran terhadap keputusan melulu dan provokasi Barat yang mengenakan sekatan ketat ke atas Rusia yang dikhuatiri boleh mencetuskan Perang Dunia Ketiga.
5. Krisis Rusia-Ukraine | Pasukan pencegahan nuklear Rusia dalam keadaan siap siaga
Presiden Rusia Vladimir Putin dilapor telah mengarahkan ketua pertahanannya meletakkan pasukan pencegahan nuklear negara itu dalam keadaan bersiap sedia.
6. Banjir Australia | Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada
Rakyat Malaysia yang berada di Queensland, Australia dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.
7. Realiti sebenar rakyat di Afghanistan di bawah kepimpinan Taliban
Afghanistan ketika ini dicengkam krisis kemanusiaan yang kronik tatkala majoriti warganya hilang pekerjaan, tidak memiliki wang untuk menjalani kehidupan seharian.
8. Arab Saudi mansuh had umur memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
Arab Saudi memansuhkan had umur untuk pelawat dan jemaah memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sama ada bagi tujuan umrah mahupun ziarah, dengan syarat memiliki status 'imun' dalam aplikasi 'Tawakkalna'.
9. COVID-19: New York mansuh mandat pelitup muka di semua sekolah
Gabenor New York, Kathy Hochul pada Ahad mengumumkan kewajipan pemakaian pelitup muka di semua sekolah di negeri itu akan ditarik balik pada 2 Mac.
10. Rose Blackpink positif COVID-19
Ahli kumpulan Blackpink, Rose disahkan positif COVID-19 sekali gus memaksanya membatalkan perjalanan ke luar negara.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Arab Saudi
#ASEAN
#Australia
#banjir
#COVID-19
#Taliban
#Kiev
#Ukraine
#Singapura
#Vladimir Putin
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan