INTERNATIONAL
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sealsa, 24 Mei 2022.
Malaysia menduduki tangga ke-38 bagi Indeks Daya Saing Pelancongan dan Pengambaraan yang dijalankan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Polis Pakistan serbu rumah pemimpin PTI, halang perarakan "Haqiqi Azadi"
2.Polis mengambil tindakan terhadap penyokong bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan dan pemimpin parti Tehreek-e-Insaf (PTI), bagi menghalang protes besar-besaran yang dirancang diadakan di Islamabad.
Selepas lebih dua tahun ditutup kerana peraturan sekatan COVID-19, sempadan Rusia kini terbuka untuk dilawati pelancong asing termasuk dari Malaysia.
Ceylon Petroleum Corporation (CPC) milik kerajaan Sri Lanka sekali lagi menaikkan harga bahan api berkuat kuasa Selasa, lapor Xinhua.
Kemunculan sistem mata wang persendirian sesuatu yang tidak dapat dielakan dan ia dijangka wujud seiring dengan sistem kewangan sedia ada, kata Pengarah dan Pengasas Bersama Pusat Pembiayaan Alternatif Cambridge (CCAF), Profesor Robert Wardrop.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon, yang merupakan antara universiti swasta terkemuka dan tertua di Jepun.
Singapura memantau rapat situasi import ayam dari Malaysia selain bekerjasama dengan pihak yang berkepentingan untuk meminimumkan kesan bekalan.
Jumlah korban akibat ribut yang melanda Ontario dan Quebec di Kanada pada Sabtu kini mencecah 10 orang, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Kira-kira 20 negara menawarkan pakej bantuan keselamatan baharu untuk Ukraine bagi memerangi tentera Rusia yang menceroboh negara itu. Menurut Setiausaha Pertahanan Amerika, Lloyd Austin, beberapa negara serta organisasi lain membentuk kumpulan pertahanan Ukraine bagi membincangkan mengenai bantuan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan penularan wabak cacar monyet ketika ini adalah 'bukan kebiasaan'. Penasihat WHO untuk program HIV, hepatitis dan STI, Andy Seale berkata kebanyakan kes baharu penyakit itu adalah daripada lelaki yang melakukan hubungan sejenis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami