ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Jun 2022.
1. Bas terbabas, 15 rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan di Muzdalifah, Arab Saudi
Seramai 15 rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas bas dinaiki mereka terbabas di Muzdalifah, Arab Saudi pada Khamis.
2. MH17: Pendakwaan gagal buktikan misil BUK buatan Rusia - Pasukan pembelaan
Pasukan pendakwaan bagi perbicaraan nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 gagal membuktikan bahawa peluru berpandu yang menjatuhkan pesawat itu adalah buatan Rusia.
3. Lombong berlian runtuh, lebih 40 orang terbunuh di Republik Demokratik Congo
Lebih 40 orang terbunuh pada Selasa dalam kejadian lombong berlian runtuh di tengah Republik Demokratik Congo (DRC), menurut pihak berkuasa tempatan pada Khamis.
4. 'Jasad Eril ditemui utuh, lengkap' - Ridwan Kamil
Selepas 14 hari dilaporkan hilang di Sungai Aare, anak kepada Gabenor Jawa Barat, Emmeril Kahn Mumtadz ditemukan oleh pihak polis Switzerland pada Khamis.
5. Ganja | Thailand benar penduduk tanam dan hisap di rumah
Bermula Khamis, penduduk Thailand dibenarkan menanam pokok ganja di rumah untuk kegunaan sebagai bahan makanan atau minuman selain dihisap di rumah sendiri.
6. Mesyuarat khas Menteri Luar ASEAN-India diadakan minggu depan
Menteri Luar ASEAN dan India akan bertemu di New Delhi minggu depan ketika kedua-dua pihak meraikan kejayaan baharu dalam hubungan mereka.
7. Liga Perdana Inggeris fail tanda dagangan terhadap NFT dan metaverse
Divisyen teratas bola sepak Inggeris, Liga Perdana (EPL), menfaikan permohonan bagi beberapa tanda dagangan Amerika Syarikat ke atas aset digital NFT (Non-Fungible Token) dan metaverse.
8. Tiga maut kes tembakan di kilang
Sekurang-kurangnya tiga maut manakala seorang cedera parah dalam kejadian tembakan di sebuah kilang di Maryland, Amerika Syarikat pada Khamis.
9. Hong Kong | Penampilan terakhir Carrie Lam sebagai pemimpin
Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam membuat penampilan terakhirnya di hadapan Ahli Parlimen, pada Khamis.
10. Vaksin COVID-19 | A.S pra-pesanan untuk bawah 5 tahun dijangka naik
Sambutan pra-pesanan vaksinasi untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun perlahan di Amerika Syarikat namun kadar dijangka meningkat selepas kelulusan persekutuan akhir bulan ini.
Astro Awani
Fri Jun 10 2022

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemilihan PKR: Rodziah jemput Fadhlina untuk berdebat
Calon Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rodziah Ismail mempelawa Menteri Pendidikan Fadhlina sidek untuk berdebat mengenai masa depan wanita.

Raja Perlis tegur segelintir penjawat awam di Perlis penting diri
Raja Perlis Tuanku menegur cara kerja segelintir penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu apabila didapati mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.
AWANI Ringkas: RM800 juta kerugian penipuan pelaburan tidak wujud
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Air Selangor tempa nama di persada antarabangsa
Penganugerahan ini menyuntik semangat untuk terus memacu inovasi serta menetapkan piawaian baharu industri.
Pelajar tahfiz cemerlang akan terima tajaan biasiswa penuh di dua universiti
Semua pelajar tahfiz yang cemerlang dengan keputusan sekurang-kurangnya 10A ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPRM) akan menerima tajaan biasiswa penuh di dua universiti tempatan.
1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Bagi meraikan kedatangan musim haji tidak lama lagi, Warnakala Studios mengambil inisiatif menganjurkan program Haji Kids ke Baitullah, simulasi haji untuk kanak-kanak peringkat negeri Melaka 2025.

25 penerima darjah, pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-82
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 25 penerima sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82.
Saifuddin Nasution nafi wujud politik wang
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan berlaku politik wang dalam PKR.

PM Anwar ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Perlis ke-82
Anwar mendoakan kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan buat Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja.

Xiaomi bakal perkenal cip SoC 'Xring01' yang dibangunkan sendiri
Ini merupakan langkah strategik Xiaomi untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar.

Sekatan Syria: Arab Saudi harap negara lain ikut jejak langkah AS
Arab Saudi berharap negara lain, khasnya di blok barat, akan mengikuti jejak langkah Amerika Syarikat (AS) dan menghapuskan semua sekatan ekonomi terhadap Syria.

Isu Gaza: Pemimpin GCC tingkatkan tekanan kepada Trump
Isu Gaza mendapat perhatian lebih besar dalam hari kedua lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Asia Barat.

Presiden Trump harap Arab Saudi normalkan hubungan dengan Israel
Presiden AS sangat berharap Arab Saudi menyertai Perjanjian Abraham - siri perjanjian normalisasi hubungan antara Israel yang dirunding oleh pentadbirannya.

Lawatan Trump: Arab Saudi setuju labur AS$600 bilion di AS
Arab Saudi bersetuju melabur sebanyak AS$600 bilion ke dalam beberapa industri di Amerika Syarikat (AS).

Trump tiba di Riyadh
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Arab Saudi bagi memulakan lawatan kerja rasmi empat hari di Asia Barat.

Trump mulakan lawatan 'Diplomasi Teluk' untuk teguhkan hubungan strategik - Pakar
Lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke beberapa negara Teluk dilihat sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik, khususnya dalam bidang ekonomi.

Pusat cegah ekstremisme Arab Saudi, Telegram padam 16 juta kandungan dalam 3 bulan
Sebanyak 1,408 saluran yang diguna kumpulan ekstremis turut ditutup, sebagai sebahagian usaha bersama memerangi propaganda ekstremis.

Iran, Itali, Arab Saudi gerak usaha diplomatik galak dialog antara India-Pakistan
Usaha diplomatik sedang dijalankan bagi menggalakkan dialog antara India dan Pakistan di tengah-tengah ketegangan ketenteraan antara dua negara jiran Asia Selatan itu.

Jemaah Malaysia puji inisiatif 'Makkah Route' Arab Saudi
Inisiatif berkenaan turut merangkumi proses penerimaan, penyempurnaan prosedur perjalanan dan kelancaran transit ke tanah suci.

Capital A luas pasaran di Arab Sudi, teroka laluan baharu AirAsia, pelan logistik
Capital A Bhd (Capital A) hari ini mengumumkan rancangan pengembangan ke Arab Saudi dengan laluan baharu AirAsia ke Riyadh dan Dammam serta lebih banyak penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah.