awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Azzmi Aziz dilantik Ketua Jurulatih baharu KDA FC
MALAYSIA
Lelaki hilang ditemukan meninggal dunia dalam parit kebun sawit
DUNIA
Pemimpin Israel berbelah bahagi menjelang pertemuan dengan Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kes bunuh penuntut di Cyberjaya: Suspek hanya sempat guna RM200 dari kad ATM mangsa - Polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/07/2025
08:50 MYT
Kes bunuh penuntut di Cyberjaya: Suspek hanya sempat guna RM200 dari kad ATM mangsa - Polis
Hussein Omar berkata, selepas melakukan jenayah itu, suspek dikesan membuang telefon bimbit, komputer riba, kad akses dan kad ATM mangsa bagi mengelak dikesan. - Gambar fail
SHAH ALAM: Suspek utama kes pembunuhan seorang penuntut universiti swasta di Cyberjaya, Maniishapriet Kaur, 20, hanya sempat menggunakan kira-kira RM200 daripada kad mesin wang automatik (ATM) milik mangsa sebelum diberkas.

Ringkasan AI
  • Suspek utama kes pembunuhan Maniishapriet Kaur menggunakan kad ATM mangsa untuk membeli barang bernilai RM200, dan turut mencuri telefon bimbit, komputer riba serta kad akses sebelum membuangnya bagi mengelak dikesan.
  • Polis berjaya menahan empat individu termasuk suspek utama dalam tempoh 48 jam, yang merupakan teman lelaki kepada rakan serumah mangsa; seorang lagi suspek ditahan kerana bersama ketika kad ATM digunakan.
  • Siasatan lanjut melibatkan empat lagi rakan serumah dan seorang saksi dalam penjara, manakala kebanyakan barang curi telah berjaya ditemui semula oleh pihak polis.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, selepas melakukan jenayah itu, suspek dikesan membuang telefon bimbit, komputer riba dan kad akses bagi mengelak dikesan.
"Suspek selepas kejadian ada mencuri beberapa barangan milik mangsa iaitu kad ATM dan telefon pintar. Kad ATM ada digunakan untuk membeli barang selepas kejadian. Bermaksud dia (suspek utama) juga ada melakukan samun selepas membunuh.
"Dia dah buang telefon bimbit, kad akses dan komputer riba, namun kebanyakan barang yang dicuri berjaya ditemui polis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Hussein memberitahu, dengan penahanan empat individu termasuk suspek utama iaitu teman lelaki kepada rakan serumah mendiang Maniishapriet, polis berjaya menyelesaikan kes pembunuh itu dalam tempoh 48 jam.
Menurutnya, kesemua mereka kini ditahan reman yang akan berakhir antara 3 dan 4 Julai ini.
"Kita akan sambung reman kesemua suspek selepas tempoh reman habis," ujarnya.
Kata beliau, tiga suspek termasuk suspek utama ditahan sehari selepas kejadian, manakala seorang lagi suspek ditahan dua hari kemudian.
Rakan kepada suspek utama yang turut ditahan adalah individu yang bersama lelaki itu ketika menggunakan kad ATM milik mangsa.
Hussein turut memaklumkan empat lagi rakan serumah mangsa akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Selain itu, kata polis juga akan merekodkan keterangan daripada seorang lagi saksi yang kini berada dalam penjara selepas ditahan kerana menyimpan barangan milik mangsa, namun individu tersebut tiada kaitan dengan kes pembunuhan ini.
Menurutnya, unit kediaman itu didiami enam orang termasuk mangsa.
Topic Berkaitan
#Maniishapriet Kaur
#penuntut Cyberjaya
#kes bunuh
#Hussein Omar Khan
#kad ATM
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami