awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Perdana Inggeris fail tanda dagangan terhadap NFT dan metaverse

Agensi
Agensi
10/06/2022
09:47 MYT
Liga Perdana Inggeris fail tanda dagangan terhadap NFT dan metaverse
Tanda dagangan itu adalah khusus bagi melindungi jenama Liga Premier, termasuk logonya yang menggambarkan singa dengan mahkota. - Premier League
DIVISYEN teratas bola sepak Inggeris, Liga Perdana (EPL), menfaikan permohonan bagi beberapa tanda dagangan Amerika Syarikat ke atas aset digital NFT (Non-Fungible Token) dan metaverse.
Menurut portal Ledger Insights, EPL turut memfailkan permohonan berasingan terhadap Liga Premier Fantasi.
Tanda dagangan itu adalah khusus bagi melindungi jenama EPL, termasuk logonya yang menggambarkan singa dengan mahkota.
“Skop perlindungan yang dipohon merangkumi perdagangan aset digital, perkhidmatan matawang kripto, barang boleh pakai maya (digital wearables), NFT, token, serta pasaran berasaskan rantaian blok.
“Seperti yang disebut, juga terdapat permohonan berasingan untuk skop permainan fantasi, yang memberi gambaran bahawa sektor ini juga antara keutamaan,” menurut artikel itu lagi.
Pemerhati berpandangan ia merupakan langkah strategik EPL, dan memberi bayangan mereka mempunyai perancangan untuk Web3, dan melindungi harta intelek mereka di serata dunia sebagai sebagai salah satu langkah pertahanan.
“Liga Perdana (EPL) ditonton oleh berbilion manusia, jadi nilai yang terikat kepada jenama itu cukup tinggi. Permohonan ini menunjukkan langkah yang logik untuk melindungi jenama berkenaan daripada ekonomi hari ini, termasuk elemen kripto dan maya, serta ekonomi esok dalam metaverse,” kata peguam perdagangan Michael Kondouis.
Di Amerika Syarikat, Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA), Persatuan Bola Sepak Amerika (NFL), dan Liga Major Besbol (MLB) masing-masing mempunyai perkongsian dengan penyedia perkhidmatan Web3.
Manakala di Eropah, kebanyakan liga utama seperti La Liga, Seria A, dan Bundesliga mempunyai sekurang-kurangnya satu liga yang mempunyai hubungan perniagaan dalam NFT.
Topic Berkaitan
#Liga Premier
#tanda dagangan
#Liga Premier Fantasi
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan