ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Julai 2022.

1. Shinzo Abe meninggal dunia - NHK

Bekas Perdana Menteri Shinzo Abe dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 5.03 petang (waktu tempatan) selepas ditembak di bandar Nara, barat Jepun hari ini.

2. Suspek akui tidak berpuas hati dengan Shinzo Abe

Seorang lelaki berusia dalam lingkuan 40-an telah ditahan polis susulan insiden tembakan melibatkan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

3. Shinzo Abe ditembak: 'Tindakan ganas yang tidak masuk akal' - PM Singapura

Insiden tembakan melibatkan bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe adalah satu "tindakan keganasan yang tidak masuk akal", kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

4. Shinzo Ditembak | Blinken dan Retno harap kesembuhan segera

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken mengharapkan kesembuhan segera bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang dilaporkan cedera akibat ditembak ketika berada di sebuah bandar di Nara, barat Jepun.

5. Pengunduran Johnson | Kesan peletakan jawatan Perdana Menteri UK

Peletakan jawatan Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson tidak berlaku serta merta kerana pemilihan perlu diadakan untuk melantik Ketua Menteri baharu, kata Felo Utama Institut Pengajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Prof Dr Sufian Jusoh.

6. Pengunduran Johnson | Tidak jejas hubungan Washington-London

Peletakan jawatan Boris Johnson sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK), tidak akan menjejaskan hubungan Washington dan London.

7. Politik UK | Undur segera atau berdepan undi tidak percaya - Parti Buruh

Pemimpin parti pembangkang utama UK, Keir Starmer menyeru supaya Boris Johnson segera berundur sebagai Perdana Menteri susulan peletakan jawatannya sebagai pemimpin Parti Tory.

8. Pengurusan dana kewangan berdaulat antara yang dibincang Abang Johari dan PM Singapura

Operasi dan pengurusan dana kewangan berdaulat antara topik yang dibincangkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ketika kunjungan hormat di Istana, Jalan Orchard, Singapura pada Khamis.

9. Ganja di Thailand | Pemuda Muslim Thai bimbang kebenaran akan disalah guna

Sebahagian besar rakyat Thailand masih belum memahami inti pati sebenar undang-undang mengenai usaha dekriminalisasi penggunaan ganja dalam sektor perubatan pelancongan, kata Penolong Pengarah Persatuan Pelajar Muslim Thai, Muyaheedeen Tohseng.

10. Enjin pesawat British Airways terbakar di lapangan terbang

Salah satu enjin sebuah pesawat komersial yang membawa sejumlah penumpang terbakar selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Copenhagen, Denmark pada malam Rabu lalu.