ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Julai 2022.

1. 450 juruterbang digaji semula, kesatuan, SAS setuju tamat mogok 15 hari

Kesatuan juruterbang dan Syarikat Penerbangan Scandinavia (SAS) telah mencapai persetujuan menamatkan mogok selama 15 hari yang mengakibatkan pembatalan beribu-ribu penerbangan dan menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar. 

2. Tiga terbunuh, 11 cedera selepas bangunan runtuh akibat letupan gas

Tiga orang dilaporkan hilang, manakala 11 lagi cedera susulan letupan gas yang mengakibatkan sebahagian bangunan runtuh di utara bandar pelabuhan Tianjin, China, pada pagi Selasa.

3. 13 banduan maut rusuhan penjara di Ecuador

Seramai 13 banduan terbunuh dan dua lagi cedera pada Isnin dalam satu lagi pergaduhan berdarah di penjara Ecuador. Insiden itu berlaku di penjara Bellavista di bandar Santo Domingo de los Colorados, kira-kira 80 kilometer dari Quito.

4. Google disaman RM1.6 bilion oleh mahkamah Rusia

Mahkamah Rusia telah mendenda syarikat enjin carian internet dari Amerika Syarikat (AS), Google sebanyak AS$373 juta (RM1.6 bilion) pada Isnin kerana kegagalannya memadam maklumat terlarang mengenai konflik di Ukraine. 

5. Dipecat kerana bawa gambar PM India dalam troli sampah

Seorang pekerja perbandaran di Mathura, Uttar Pradesh dipecat pada Ahad selepas tular sebuah video yang menunjukkan dia membawa gambar bekas Presiden India, APJ Abdul Kalam: Perdana Menteri, Narendra Modi dan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath di dalam troli sampah.

6. Nelayan Taiwan tangkap jerung spesis prasejarah jarang dijumpai

Jerung enam insang hidung tumpul (bluntnose sixgill shark) yang jarang ditemui, spesies yang dipercayai telah berada di Bumi sebelum kewujudan dinosaur, ditangkap nelayan Taiwan dari daerah Taitung pada Ahad.

7. Beku Aset | AS$14 bilion aset Rusia dibekukan EU

Kesatuan Eropah, EU telah membekukan aset Rusia bernilai 13.8 bilion Euro atau 14 bilion dolar Amerika sejak Moscow melaksanakan operasi ketenteraan di Ukraine sejak Februari lepas. Pesuruhjaya Kehakiman EU Didier Reynders berkata, terdapat enam negara anggota yang melaksanakan ketetapan itu.

8. Pemanasan Global | Beberapa negara Eropah berdepan cuaca panas

Cuaca panas dan kering melanda beberapa negara di Eropah sejak minggu lalu. Ia turut mencetuskan beberapa insiden kebakaran hutan di Sepanyol, Portugal, dan Perancis.

9. Kesihatan Awam | Anthony Fauci bakal bersara menjelang 2025

Anthony Fauci, 81 tahun, dilantik sebangai Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan pada 1984, juga pernah mengetuai penyelidikan dalam HIV dan Aids.

10. Sekatan Perjalanan | Dilanjut di Korea Selatan sehingga akhir tahun

Korea Selatan melanjutkan larangan perjalanan ke Ukraine dan enam negara lain yang sedang dilanda konflik. Larangan sama turut dikuat kuasa di beberapa bahagian di Rusia, Belarus dan Filipina.